September 8, 2024

Anak Jokowi bertanding Pilihan Raya Gabenor

Anak Jokowi bertanding Pilihan Raya Gabenor


JAKARTA: Rakyat Indonesia di seluruh negara akan mengundi untuk memilih Gabenor, Datuk Bandar dan pemimpin wilayah masing-masing secara serentak buat kali pertama pada 27 November depan. 

Difahamkan, kesemua parti politik sudah mengambil kira nama calon sebelum mendaftarkan calon mereka secara rasmi, akhir Ogos depan. 

Tinjauan oleh Indikator Politik Indonesia pada 7 Julai lalu, mendapati walaupun ramai responden Jawa Tengah belum membuat keputusan siapa yang perlu diundi, anak kepada Presiden Joko Widodo, Kaesang Pangarep muncul di tempat teratas dalam hampir semua simulasi tinjauan itu.

Kaesang merupakan ahli politik baharu dan Pengerusi Parti Solidariti Indonesia (PSI). 

Berdasarkan simulasi 20 bakal calon, Kaesang menduduki tempat pertama dengan 17.7 peratus responden akan mengundinya jika pilihan raya diadakan sekarang.

Jawa Tengah adalah wilayah ketiga paling ramai penduduk di Indonesia dan merupakan wilayah strategik yang oleh menjadi atu loncatan kepada jawatan Presiden. -AGENSI 





Source link

OR

Scroll to Top