Anak kawan meninggal boleh pula buat ‘live’ sebelah jenazah – netizen

Anak kawan meninggal boleh pula buat ‘live’ sebelah jenazah – netizen


Pelakon wanita Aida Aris, dikecam netizen apabila dipercayai melakukan sesi ‘live’ bersebelahan jenazah anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail.

Buat live sebelah jenazah

Buat live sebelah jenazah

Menerusi perkongsian di Thread, rakaman video yang disiarkan semula itu memaparkan Aida melalukan sesi siaran langsung berkongsi keadaan terkini sahabatnya yang sedang bersedih kerana kehilangan anak tercinta.

“Amyza belum tidur tau, dia sampai sekarang tak tidur lagi. Kita bagi Kak Amyza tidur dengan arwah,” ucap Aida, baru-baru ini.

Namun begitu, tindakan tersebut mengundang rasa kurang senang orang ramai kerana tidak menghormati jenazah dan keluarga arwah.

Menelusuri ke ruangan komen, wargamaya menegur agar tindakan sebegitu tidak berulang kembali dan memberikan beberapa amalan yang boleh dilakukan semasa menziarahi orang yang sudah meninggal.

Tak reti baca Yasin ke?

Nak ambil kesempatan

Boleh pula buat live

Artikel lain: Jenazah anak Amyza Aznan selamat dikebumikan

Terdahulu, Andre Mikhail dilaporkan meninggal dunia selepas hampir setahun berjuang melawan kanser paru-paru tahap tiga. Berita pemergian Allahyarham dikongsikan sendiri oleh Amyza menerusi kemas kini di Instagram Stories pada Isnin.

Untuk rekod, pada Februari tahun lalu, Amyza pernah memaklumkan bahawa Andre disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga. Setahun kemudian, aktres itu sekali lagi diuji apabila anak keduanya, Adrian Adam, 18, turut disahkan menghidap kanser tulang. Perkhabaran tersebut dikongsikan di media sosial sehingga mengejutkan ramai pihak.

Sumber: Threads kongsi.viral





Source link

OR

Scroll to Top