Pelakon Nur Fazura meluahkan rasa kecewa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya sering menjadi sasaran kecaman netizen sejak dilahirkan lagi.
Memetik Astro Gempak, Fazura berkata anaknya turut dikecam kerana tidak pandai menyebut namanya sendiri ketika kecil dan sebagai ibu sudah pasti dia terluka.
BACA: “Mereka Mengata Arwah Bapa & Fatima” – Fazura Dedah Dua Tahun Jadi Mangsa Buli Netizen
“Sebenarnya perkara ini berlaku sudah lama. Sejak Fatima lahir lagi dia sudah dicerca dan dikecam.
“Waktu dia kecil dia tak pandai nak sebut nama dia. Jadi dia sebut Nyamma. Tapi orang ejek nama dia (dengan panggilan macam-macam),” katanya.
Sementara itu, Fazura turut kesal apabila ada yang mengatakan anaknya ‘menyemak’ ketika berada di satu majlis dan sudah pasti dia akan pertahankan anaknya.
“Itu belum lagi orang cakap dia menyemak, tak patut berada di situasi tertentulah. Sedangkan saya dah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu.
“Sebagai ibu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya. Kalau saya tak pertahankan anak saya, siapa lagi yang nak buat macam tu.
“Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






