Penyampai radio dan pengacara Sharifah Shahira mengakui anaknya iaitu Auddra Zulkufli membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan belajar di rumah atau home school.
Memetik mStar Online, Shahira atau mesra dipanggil Shiera berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira minat Auddra atau Oddah lebih kepada bidang hiburan sejak kecil lagi.
BACA: “Saya Ni Lemah Dalam Pelajaran” – Oddah Cari Rezeki Di Usia Muda Nak Bantu Ibu Bapa
Sementara itu, Shiera berkata anaknya kurang menyerlah dalam bidang akademik namun menonjol dalam aktiviti persembahan.
“Oddah (panggilan Auddra) memang sudah berhenti sekolah. Dia ni memang sangat minat hiburan. Dari umur lima tahun pun cikgu selalu cakap dia jenis banyak tidur di kelas.
“Bila saya tanya dia, dia kata penat… dia pada waktu malam memang suka berjaga dari kecil. Dia memang suka sekolah yang warna-warni.
“Dia tak boleh sangat bab akademik, tapi bila bab persembahan dia memang lain macam. Memang aktif betul. Banyak juga dia wakil sekolah untuk aktiviti macam tu,” katanya.
Terdahulu, Oddah berkata dia sudah pun berhenti sekolah namun belajar secara homeschool untuk menduduki SPM.
Sumber: mStar Online






