“Anak Saya Perlukan Ayah & Ibunya” – Kamal Adli Tetap Tak Nak Cerai

“Anak Saya Perlukan Ayah & Ibunya” – Kamal Adli Tetap Tak Nak Cerai


Pelakon Kamal Adli memohon doa yang baik-baik dalam prosiding perceraiannya hari ini serta tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan rumah tangganya bersama Uqasha Senrose.

Memetik Astro Gempak, Kamal berkata hari ini dia pertama kali bertemu dengan isterinya selepas dua bulan tidak berjumpa dan sehingga kini belum dapat berhubung dengan Uqasha.

BACA: “Terus Kuat, Belum Tamat Lagi” -Datuk Red Beri Semangat Buat Kamal Adli

“Saya sihat hari ini, mohon semua doakan yang terbaik untuk kami. Jika Uqasha dengan pendirian dia (tekad mahu cerai), saya juga dengan pendirian saya (pertahankan).

“Sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan dia dan hari ini saya pertama kali jumpa. Saya masih tidak dapat berhubung dengan dia. Anak saya perlukan ayah dah ibunya,” katanya.

Sementara itu, Uqasha yang tiba di mahkamah lima minit lebih awal berkata dia nekad dengan keputusannya untuk meneruskan perceraian.

“Saya nekad. Doakan semuanya dipermudahkan, katanya.

Terdahulu, Uqasha emfailkan permohonan cerai terhadap Kamal di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 1 Oktober lalu.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top