Anas Zahrin dinobatkan Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards

Anas Zahrin dinobatkan Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards


Kuala Lumpur: Pempengaruh dan pengasas ANAS Cosmetics, Anas Zahrin dinobatkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025.

Kejayaan itu

Kemenangan berkenaan menjadi kejayaan sulung buat kelahiran Kota Tinggi, Johor itu.

Menurut Anas kejayaan itu cukup manis buatnya dan membuktikan usaha keras selama ini membuahkan hasil.

“Alhamdulillah detik manis buat saya, ia adalah dikenang yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila selepas lebih tiga tahun menyertai platform Shopee. Penamat indah buat saya pada penghujung tahun ini.

“Momentum kejayaan dan pencapaian berterusan ini tentunya menjadi pembakar semangat untuk saya serta legasi manis buat ANAS Cosmetics kerana ironinya, ada ‘seller’ di luar sana pantas berputus asa.

“Malah ada mudah mengalah apabila sesuatu yang diusahakan gagal atau menemui titik terendah. Namun saya harus berfikir sebaliknya. Istilah negatif itu harus dibuang jauh dari dalam diri,” ujar pemenang TikTok Shop Creator Of The Year, Anugerah TikTok MY 2023 itu.

Tambah Anas populariti produk keluaran bumiputera jelas mencipta fenomena tersendiri.

“Penjualan produk rangkaian ANAS Cosmetics yang terdiri daripada pelbagai jenis produk termasuk lipmatte dan serum bibir terjual ratusan ribu di Shopee dengan tawaran harga mampu milik dan berpatutan.

“Jutaan terima kasih kepada penggemar dan peminat jenama saya terdiri dari golongan B40, suri rumah dan mereka yang kurang mampu atas sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” katanya yang melancarkan ANAS Cosmetics pada Ogos 2017.

Kesinambungan kejayaan berkenaan juga bukan alasan untuk Anas terus selesa dengan apa yang ada.

“Saya bersyukur kerana sudah lebih 18 kali menerima pengiktirafan dari TikTok. Begitu juga seterusnya kejayaan di Shopee. Ia bukan titik akhir, sebaliknya saya mahu cipta dan lakar banyak benda lagi.

“Terutama untuk kita orang Malaysia terus menyokong produk lokal yang pastinya berkualiti, berpatutan dan harga mampu beli setanding dengan jenama antarabangsa.

“Tuntasnya juga untuk saya terus memberi dan menghasilkan produk mampu milik buat semua penggemar ANAS Cosmetics. Insya-Allah tahun depan jenama saya akan mengeluarkan lebih 15 rangkaian produk baharu pula. Tunggu kemunculannya okey !,” katanya.

Terdahulu sekitar beberapa minggu lalu, Anas yang terkenal dengan sikap pemurah turut cakna membantu mereka yang dalam kesusahan dan kurang berupaya.

Ia termasuklah membantu rakyat Palestin di Gaza Menerusi ledakan gelombang Sumud Flotilla dengan menyerahkan sumbangan cek RM50,000 menerusi Persatuan Cinta Gaza Malaysia pada 6 Oktober lalu.

Sumbangan itu diserahkan serentak dengan kejayaan mega jualan lipmatte jenamanya yang berjaya terjual 1 Juta di TikTok.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top