Ancaman bom, pesawat Turkish Airlines laku pendaratan cemas di Barcelona

Ancaman bom, pesawat Turkish Airlines laku pendaratan cemas di Barcelona

Ancaman bom, pesawat Turkish Airlines laku pendaratan cemas di Barcelona


Geneva: Protokol keselamatan diaktifkan selepas “ancaman bom” dikesan dalam penerbangan Turkish Airlines dari Istanbul ke Barcelona, menurut syarikat penerbangan itu pada Khamis, dengan pemeriksaan sedang dijalankan selepas pesawat mendarat dengan selamat, dan lapangan terbang beroperasi seperti biasa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Naib Presiden Kanan Komunikasi syarikat penerbangan itu, Yahya Ustun, berkata di platform media sosial X bahawa “semasa pesawat menghampiri Barcelona bagi penerbangan Istanbul-Barcelona TK1853, dikesan seorang penumpang telah membuka ‘hotspot’ WiFi peribadi di dalam pesawat dan menamakan rangkaian itu dengan perkataan ancaman bom.

“Prosedur yang diperlukan segera dimulakan dalam ruang lingkup keselamatan penerbangan,” katanya.

Beliau menambah bahawa selepas pesawat mendarat dengan selamat, pemeriksaan dijalankan oleh pihak berkuasa Sepanyol mengikut “kerangka peraturan keselamatan penerbangan antarabangsa.”

Pengendali lapangan terbang Sepanyol, Aena, berkata operasi di Lapangan Terbang Josep Tarradellas Barcelona-El Prat berjalan “seperti biasa.”

Aena berkata di X bahawa lapangan terbang itu “beroperasi dengan sepenuhnya normal,” sambil menambah bahawa “berikutan satu ancaman dalam penerbangan, protokol telah diaktifkan dan pasukan keselamatan sedang menilai situasi.”

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top