Ancelotti nafi nasihatkan Endrick tinggalkan Real Madrid

Ancelotti nafi nasihatkan Endrick tinggalkan Real Madrid


Endrick (kiri) menitiskan air mata ketika diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid pada 27 Julai tahun lalu.

CARLO Ancelotti menafikan dakwaan bahawa beliau menasihati bintang muda Brazil, Endrick supaya meninggalkan Real Madrid untuk mendapatkan peluang bermain lebih kerap dan layak dipanggil menyertai skuad Brazil bagi Piala Dunia 2026.

Menurut laporan sebelum ini, Ancelotti dikatakan menyarankan Endrick agar mempertimbangkan perpindahan demi perkembangan karier dan peluang antarabangsa.

Namun, Ancelotti menegaskan laporan itu hanya rekaan semata-mata.

“Saya tidak pernah berkata Endrick perlu tinggalkan Real Madrid untuk ke Piala Dunia.

“Itu adalah urusan kelab dan pemain itu sendiri,” kata Ancelotti.

Sementara itu, Endrick dilaporkan semakin hampir dengan perpindahan ke kelab Perancis, Lyon.

Perpindahan ke Ligue 1 dilihat mampu memberikan penyerng berusia 19 tahun itu peluang bermain secara konsisten di peringkat profesional selepas disisihkan Xabi Alonso musim ini.

Sepanjang tempoh 18 bulannya di Real, Endrick sekadar menyumbat satu gol dalam 23 penampilannya bersama gergasi Sepanyol itu.

Situasi itu amat berbeza ketika Endrick menyarung jersi Palmeiras apabila dia menyumbat 18 gol dalam 66 penampilan di liga utama Brazil sehingga digelar jelmaan Pele.

Ringkasan AI

  • CARLO Ancelotti menafikan dakwaan menasihati Endrick meninggalkan Real Madrid untuk Piala Dunia 2026 Ancelotti menyatakan laporan tersebut adalah rekaan semata-mata Endrick dilaporkan semakin hampir dengan perpindahan ke kelab Perancis, Lyon Perpindahan tersebut diharap mampu memberikan peluang bermain konsisten Endrick hanya menyumbat satu gol dalam 23 penampilan bersama Real Madrid



Source link

OR

Scroll to Top