Anggap Pujian Ustazah Asma’ Harun Sebagai Doa, Elly Mazlein Dedah Peminat Minta Tutorial Gaya Tudung

Anggap Pujian Ustazah Asma’ Harun Sebagai Doa, Elly Mazlein Dedah Peminat Minta Tutorial Gaya Tudung


Pengacara popular Elly Mazlein menganggap pujian yang diberikan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun terhadap cara pemakaian tudungnya sebagai satu bentuk doa yang menguatkan semangat untuk terus memperbaiki diri.

Elly yang mesra disapa Kak Lina Pom Pom berkata, kata-kata itu memberi kesan mendalam dan membuatkan dirinya berasa dihargai, apatah lagi ketika sedang melalui fasa penghijrahan.

“Saya memang tersentuh bila seorang tokoh agama memberi kata-kata yang baik. Saya rasa itu bukan sekadar pujian, tapi doa yang besar maknanya.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih. Pada saya, ia jadi dorongan untuk saya terus berusaha menjadi Muslimah yang lebih baik,” katanya kepada XTRA.

Elly ditemui pada pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di Jakel Mall, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: “Muktamad Sharifah Akan Pakai Style Tudung Sharifah”- Elly Mazlein

Pelantun lagu Bungaku Bakawali turut berkongsi, sokongan yang diterima bukan hanya daripada Ustazah Asma’ Harun, malah ramai peminat juga mengirimkan mesej mendoakan kebaikan serta istiqamah buat dirinya.

Elly yang turut aktif dalam bidang nyanyian berkata, ada peminat yang mengakui terinspirasi dengan gaya tudung labuh yang sering digayakannya hingga menjadi identiti tersendiri.

“Ramai yang dah boleh cam itu memang gaya saya. Ada juga yang minta saya buat tutorial cara pakai.

“Saya rasa tak salah kalau berkongsi contoh pemakaian yang baik. Saya anggap itu satu tanggungjawab dan saya bersyukur dengan sokongan yang datang,” katanya.

Dalam masa sama, Elly sekali lagi menzahirkan penghargaan kepada Ustazah Asma’ Harun kerana menyifatkan pujian tersebut sebagai pemangkin untuk terus memperbaiki diri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Masih Dalam Proses Belajar, Saya Selesa Bertudung Tutup Dada” – Gaya Hijab Dipuji, Elly Mazlein Berterima Kasih Peminat Titip Doa

“Saya ulang lagi, terima kasih kepada Ustazah Asma’ Harun atas kata-kata yang sangat bermakna. Memang sampai ke hati,” katanya.

Sebelum ini, Ustazah Asma’ Harun memuji penampilan terkini Elly yang dilihat semakin istiqamah dalam penghijrahan, selain mengakui tersentuh melihat perubahan figura yang disayangi ramai itu.

Ustazah Asma’ turut berharap penghijrahan Elly mampu menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk lebih dekat dengan agama dan tidak menangguhkan perubahan ke arah kebaikan.





Source link

OR

Scroll to Top