Anggota polis Dallas ‘poyo’, biadab terhadap pengarah pasukan Mesir

Anggota polis Dallas ‘poyo’, biadab terhadap pengarah pasukan Mesir


SUASANA di hotel penginapan skuad Mesir bertukar kecoh apabila berlaku insiden melibatkan seorang anggota Jabatan Polis Dallas dengan delegasi pasukan itu, beberapa jam menjelang aksi pusingan 32 terbaik Piala Dunia menentang Australia di Arlington, Amerika Syarikat (AS).

Kejadian dipercayai tercetus apabila seorang kanak-kanak yang berada di lokasi berkenaan cuba bergambar bersama pemain Mesir, termasuk Trezeguet sebelum ditegur oleh anggota polis terbabit.

Situasi kemudian menjadi tegang apabila pengarah pasukan Mesir, Ibrahim Hassan campur tangan bagi meredakan keadaan.

Bagaimanapun, ketegangan meningkat apabila anggota polis tersebut menolak Hassan dan mengeluarkan amaran keras, selain dilihat menyentuh peralatan keselamatannya dipercayai pistol perenjat elektrik seolah-olah bersedia untuk bertindak lebih tegas.

Beberapa pegawai pasukan serta pemain termasuk Trezeguet segera campur tangan bagi meleraikan keadaan yang berlaku dalam tempoh singkat sebelum berjaya ditenangkan.

Menurut laporan, Konsulat Mesir di AS kemudian campur tangan susulan insiden berkenaan, yang membawa kepada keputusan untuk mengeluarkan pegawai polis terbabit daripada senarai tugas keselamatan membabitkan pasukan Mesir.



Source link

OR

Scroll to Top