Anggota TDM lemas terjatuh bot selepas terlanggar kayu hanyut

Anggota TDM lemas terjatuh bot selepas terlanggar kayu hanyut



am@hmetro.com.my

Kota Tinggi : Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilaporkan lemas di kawasan Tasik Empangan Linggiu, Bandar Tenggara di sini, awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian lemas membabitkan anggota tentera berusia 32 tahun itu pada jam 2.35 pagi.

Beliau berkata, ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menaiki bot milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama tiga anggota lain yang turut sama bertugas di tasik empangan itu.

“Bot yang dinaiki terlanggar objek dipercayai kayu hanyut menyebabkan mereka jatuh dari bot berkenaan.

“Tiga mangsa dapat menyelamatkan diri, manakala seorang lagi tidak timbul di permukaan air.

“Usaha mencari oleh mangsa terselamat di sekitar kawasan tidak menemui ebarang petunjuk keberadaan mangsa sebelum memaklumkan kejadian kepada penyelia bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis dari Balai Polis Bandar Tenggara dan pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi dan Bandar Tenggara kemudian memulakan operasi mencari dan menyelamat.

“Unit Skuba Bomba juga diatur gerak bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

“Mangsa ditemui oleh Unit Skuba pada jam 11.50 pagi pada kedalaman 13 meter dan kedudukan kira-kira tujuh meter dari lokasi kejadian,” katanya.

Yusof berkata, mayat mangsa dibawa naik ke permukaan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk tindakan prosedur siasatan.

Katanya, kes diklasifikasi di bawah mati mengejut (SDR).

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top