Anggota TLDM maut digilis pikap selepas terlanggar anjing

Anggota TLDM maut digilis pikap selepas terlanggar anjing


am@hmetro.com.my

Kota Tinggi: Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut digilis sebuah pikap sejurus terjatuh motosikal yang ditunggangnya selepas terlanggar anjing di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian pada 8.40 malam itu berlaku di Jalan Pularek, Pengerang di sini.

Menurutnya, mangsa lelaki yang berusia 24 tahun dan bertugas di KD Sultan Ismail (KDSI) Tanjung Pengelih menunggang Honda RS150 ketika kejadian.

“Polis yang menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan maut membabitkan sebuah motosikal, pikap dipandu lelaki warga tempatan berusia 22 tahun.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan pulang ke kem tempatnya bertugas terlanggar seekor anjing yang melintas jalan.

“Mangsa kemudiannya terjatuh sebelum digilis pikap terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Hussin, mangsa yang parah di kepala, badan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi bagi tujuan prosedur siasatan.

“Pemandu pikap pula tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top