Anggun Berbusana Gaun Putih, Ameera Khan Beri Bayangan Hampir Jadi Pengantin? – “Crisis Averted, Some Things Don’t Work Out”

Anggun Berbusana Gaun Putih, Ameera Khan Beri Bayangan Hampir Jadi Pengantin? – “Crisis Averted, Some Things Don’t Work Out”


Personaliti media sosial, Ameera Khan mencuri tumpuan apabila berkongsi sebuah video memaparkan dirinya seakan mencuba beberapa busana gaun pengantin berona putih sekitar Oktober tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa ini seolah-olah meluahkan rasa syukur apabila ‘perkahwinan’ tersebut tidak berlaku.

“Some things don’t work out, cause you would’ve hated it,” katanya ringkas dalam video berkenaan.

Bukan itu sahaja, di ruangan kapsyen Ameera turut memberi bayangan dia berjaya mengelakkan satu situasi besar berlaku dan kini mampu melihat dari sudut lebih tenang.

“Crisis averted, now I can laugh about it,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mula membuat andaian mendakwa hantaran tersebut mungkin berkait dengan hubungan cinta terdahulunya bersama aktor sensasi Indonesia, Jefri Nichol yang dipercayai hampir membawa ke fasa perkahwinan.

Namun begitu, Ameera tidak memperincikan maksud sebenar di sebalik hantaran itu.

Dalam pada itu, ada juga dalam kalangan netizen meluahkan rasa syukur apabila Ameera terhindar daripada hubungan dianggap toksik itu.

Sebelum ini, Ameera berkata bapanya iaitu Abdul Halim Khan Lall Khan sebenarnya sering berasa kecewa dengan pilihan yang dilakukannya.

Artikel Berkaitan: “Ayah Selalu Kecewa Dengan Pilihan Saya” – Ameera Khan Akui Terlalu Baik Dalam Percintaan



Source link

OR

Scroll to Top