Anna Jobling julang anugerah Paling Viral

Anna Jobling julang anugerah Paling Viral


georgie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Anna Jobling menang besar di OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Anugerah Utama OhBulan! Paling Viral Online dan Selebriti Paling Viral: Anna Jobling yang berlangsung di Balai Berita Bangsar, di sini, hari ini.

Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 25, membawa pulang trofi pada edisi sulung penganjuran acara yang berdasarkan undian peminat itu.

Penyanyi Siti Nordiana turut unggul dengan membawa dua trofi iaitu Lagu Paling Hot (kolaborasi bersama Hot FM): Memori Mungkin Berulang – Siti Nordiana & Tomok dan Kelab Peminat Paling Viral.

Mempertandingkan tujuh kategori, pemenang lain termasuk Ryan Bakery untuk kategori Digital Content Creator Paling Viral, Ojen (Usahawan Paling Viral), dan Keluarga Itu arahan Erma Fatima (Drama Paling Viral).

Pada anugerah yang dihoskan Fizi Ali, hadirin turut dihiburkan oleh penyanyi Shiha Zikir, Roslan Shah, dan Arghpiez.

OhBulan! Paling Viral Online diwujudkan khas untuk meraikan individu yang berjaya mencetus fenomena serta meninggalkan impak besar di dunia digital.

Ia meliputi selebriti, pempengaruh media sosial, pencipta kandungan, usahawan, drama, lagu dan kelab peminat.

Selain itu, tonggak utama OhBulan! Paling Viral Online adalah untuk meraikan kejayaan kandungan tular serta mengiktiraf pengaruh digital yang signifikan dalam era kemajuan teknologi masa kini.

Sementara itu, Ketua Kandungan Editorial OhBulan!, Noor Zulaikha Yusof, berkata anugerah itu bukan sekadar hiburan tetapi mahu menghargai usaha keras peminat yang selama ini mengangkat selebriti kesayangan.

“OhBulan! Paling Viral Online dianjurkan buat julung kalinya pada tahun ini. Program ini bukan sahaja mengiktiraf barisan selebriti, pencipta kandungan, usahawan, lagu serta drama paling tular.

“Malah satu kategori istimewa turut diperkenalkan khusus buat peminat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top