Anna Jobling Nafi Guna ‘Cable’ Baim Wong Untuk Berlakon Filem – “Tak Ada Istilah Ambil Kesempatan, Itu Rezeki”

Anna Jobling Nafi Guna ‘Cable’ Baim Wong Untuk Berlakon Filem – “Tak Ada Istilah Ambil Kesempatan, Itu Rezeki”


Pelakon popular, Anna Jobling menafikan dakwaan kononnya dia menggunakan hubungan baik dengan pelakon serta penerbit terkenal Indonesia, Baim Wong, sebagai ‘jalan pintas’ untuk mendapatkan tawaran berlakon filem di negara seberang.

Menurut Anna, peluang yang diterima adalah hasil usaha dan rezeki, bukan kerana hubungan peribadi atau keistimewaan tertentu.

“Anak emas baim ke? Tak lah. Itu semua rezeki. Sebab saya pun ada berlakon dengan orang lain juga bukan dengan Baim sahaja.

“Ada dua filem bukan dengan Baim dan banyak sahaja offer alhamdulillah. Tapi kalau ikut jadual saya tak boleh ambil semua sebab saya pun nak stay dekat Malaysia juga, tak nak lupa kerja dekat sini.

“Tidak ada istilah ambil kesempatan dek kerana hubungan baik antara kami. Tak ada,” katanya.

Anna berkata demikian ketika ditemui pada sidang media filem Sukma yang berlangusng di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Anna turut menegaskan, dia tidak pernah merayu atau meminta peluang daripada Baim, malah bersikap terbuka untuk menerima apa sahaja tawaran, besar atau kecil, asalkan memberi ruang untuknya menimba pengalaman baharu.

“Bekerjasama dengan Baim untuk kali kedua sangat best. Sebab dia seorang pengarah yang bukan sahaja duduk dekat monitor sahaja tetapi juga ada di mana-mana termasuk di set dan dia tahu apa yang dia nak sebagai director dan memang senang sangat nak bekerjasama dengan dia.

“Dia sama je dengan semua set yang saya masuk. Saya profesional sahaja mungkin orang cakap kami sudah berkerja dua kali tapi it’s all about profesionalisme,” tegasnya.

Menyentuh tentang cabaran ketika penggambaran, pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu mendedahkan dia sanggup melakukan aksi lasak tanpa pengganti kerana mahu menimba pengalaman berbeza.

“Kenapa sanggup buat scene sendiri? Sebab itu adalah experience yang tak kan selalu dapat dan saya suka buat stunt sendiri as long as benda tu safety.  Dan Baim dengan team memang sangat ambil berat soal itu. Kalau saya tak selesa, saya tak kan buat. Cedera tu ada tapi salah sendiri.

“Setiap set yang saya masuk adalah pengalaman berharga buat saya kerana setiap set itu pengalamannya lain. Tapi kali ini saya boleh expect apa yang berlaku dan untuk filem ini bagi saya, ia adalah pengalaman baru. Bukan dari segi lakonan sahaja, tetapi juga set up dia,” jelasnya.

Selain Anna, filem Sukma turut membariskan pelakon hebat seperti, Luna Maya, Fedi Nuril, Christine Hakim dan ramai lagi.

Filem Sukma juga akan menemui penonton pada 30 Oktober ini diseluruh pawagam tanah air.



Source link

OR

Scroll to Top