Anna Jobling Tegaskan Kecantikan Adalah ‘Aset’ Wanita Yang Amat Penting Untuk Dijaga Hijabi! Ini Kerana.. – Hijabista

Anna Jobling Tegaskan Kecantikan Adalah ‘Aset’ Wanita Yang Amat Penting Untuk Dijaga Hijabi! Ini Kerana.. – Hijabista

Bukan mudah untuk melalui detik pahit dalam hidup apabila kita kehilangan orang kita sayang. Menangung perasaan dan tanggungjawab yang baru juga perkara yang perlu ditempuh untuk menjalani hidup seharian.

Bagi anda yang mempunyai keluarga yang faham dan dapat rasa pasti akan mengerti. Isu harta ini tidak akan timbul apabila kita ada persefahaman antara kesemua pihak. Bukan semua orang bersedia untuk meninggalkan wasiat ataupun perjanjian sebelum meninggal dunia. Pastinya ajal maut semua di tanganNya.

Hal berkaitan harta pusaka dan perwarisan adalah hal yang sensitif dan seringkali diselubungi emosi seperti sedih, marah, gembira, kecewa dan kerapkali menyebabkan wujudnya perasaan benci dan dendam. Sedangkan ia boleh diuruskan secara rasional dan logik.

Pembahagian Harta Melibatkan Hal Sensitif Dan Emosi. Hijabi Ini Nasihatkan Perlu Ada Bersikap Berlapang Dada.
Puan Norsa’adah Ahmad

Ikuti pengalaman perasaan Puan Norsa’adah Ahmad, dalam menguruskan harta pusaka ayahnya berada di dalam bilik pusaka kecil untuk membicarakan mpembahagian harta. Sesi bicara Pusaka Kecil bertujuan mengesahkan beberapa perkara penting tentang pusaka si mati. Ia tidak membincangkan tentang orang yang didakwa atau dibela. Jadi, tidak perlu takut. Seorang pegawai bicara dilantik sebagai pemudah cara. Beliau bertindak seperti seorang hakim. Tugasnya bukan meletak hukum dalam bilik bicara.

Perkara yang saya belajar dalam Bilik Bicara Pusaka Kecil:

Bagi keluarga besar seperti saya, perkongsian maklumat sangat penting. Pejabat pusaka menghubungi saya melalui telefon dan tidak menghantar surat. Kemudian, saya terus memaklumkan tarikh berkenaan kepada semua waris. Semua waris yang terlibat juga berada di Malaysia. Jadi lebih mudah untuk mereka hadir. Namun begitu, seorang kakak saya tidak dapat hadir kerana beliau ada urusan yang tidak dapat dielakkan.

Sekurang-kurangnya dua orang mesti hadir iaitu pemohon dan seorang lagi waris untuk mengesahkan hasil perbicaraan. Pemohon ialah orang yang menghantar permohonan pentadbiran harta pusaka kecil.

Sekiranya ada waris yang tidak dapat hadir, pastikan beliau tahu maklumat harta pusaka si mati dan hak beliau dalam tuntutan pusaka berkenaan. Waris yang tidak hadir perlu mengisi Borang DDA (Persetujuan Pembahagian). Borang ini boleh dihantar semasa sesi bicara atau dihantar kemudian.

Tugas pegawai bicara adalah sebagai pemudah cara dan beliau yang akan mengeluarkan keputusan hasil perbicaraan. Pegawai bicara seorang yang berpengalaman. Semasa sesi kami, pegawai yang ditugaskan ialah Ketua Penolong Pengarah. Beliau sendiri sudah mengendalikan begitu banyak sesi yang serupa.

Dengar dengan teliti perkara yang disampaikan oleh pegawai bicara. Mungkin ada maklumat dalam permohonan yang tidak diketahui oleh waris lain atau salah seorang waris. Oleh sebab itu, berikan perhatian kepada perbincangan.

Sebagai pegawai bicara beliau berhak meneruskan atau menangguhkan sesi jika ada hal yang tidak dapat diselesaikan dalam sesi berkenaan. Sesi dimulakan dengan mengesahkan kehadiran waris. Kemudian kami diminta mengangkat sumpah bahawa pengakuan kami adalah benar.

Pegawai bicara seterusnya bertanya kepada pemohon tentang si mati dan susur galurnya. Adakah ibu dan bapa si mati masih ada. Adakah datuk dan nenek si mati masih ada. Beliau ingin memastikan bahawa tiada waris yang tertinggal.

Dalam kes kami, ibu juga sudah meninggal dunia sebelum harta pusaka bapa dibahagikan. Jadi, pegawai bicara turut mengesahkan susur galur ibu. Mengikut Faraid, ibu, bapa dan isteri si mati adalah waris Faraid jika mereka masih hidup selepas kematian si mati.

Memandangkan ibu kami sudah meninggal dunia, maka bahagian Faraid beliau dipersetujui bersama untuk dibahagikan terus kepada semua waris lain. Ini adalah kes kami sendiri. Pegawai bicara memutuskan demikian kerana waris ibu juga adalah sama.

Sekiranya berlaku hal serupa dalam keluarga lain iaitu kematian waris sebelum sempat harta pusaka dibahagikan, maka prosesnya mungkin berbeza apabila senarai waris bagi kedua-dua si mati berlainan. Ia akan menjadi pembahagian pusaka berlapis.

Seterusnya pegawai bicara menyebutkan senarai harta pusaka tak alih dan harta pusaka alih. Harta pusaka tak alih adalah tanah dan rumah. Harta pusaka alih ialah tunai seperti wang simpanan dan pelaburan serta kenderaan. Harta tak alih ini sudah diberikan penilaian oleh Jabatan Penilaian. Manakala, harta alih pula dinilai mengikut jumlah semasa dalam penyata bank atau buku simpanan.
Semua dokumen asal mesti dibawa semasa perbicaraan untuk pengesahan. Dokumen ini akan dipulangkan semula selepas bicara. Pejabat Pusaka Kecil hanya mengendalikan kes tuntutan harta pusaka bernilai kurang RM2 juta. Jika nilai harta pusaka melebihi RM2 juta, ia akan ditolak dan perlu ditadbir melalui Mahkamah.

Dalam sesi ini, semua waris yang hadir akan mengetahui nilai pusaka si mati. Pegawai bicara juga akan mengira bahagian setiap waris mengikut Faraid bagi orang Islam. Jika bukan Islam, hak pembahagian adalah mengikut Akta Pembahagian 1958.
Setelah mengetahui hak masing-masing mengikut Faraid, pegawai akan bertanya tentang persetujuan pembahagian. Tuan Pegawai kami mengingatkan tentang hak Faraid dan dalam Islam tidak menghalang keputusan muafakat dan tolak ansur.

Secara asasnya, kami faham hak masing-masing mengikut Faraid. Namun, bagi memudahkan urusan pindah milik aset pegawai bicara meminta kami memutuskan nama waris yang akan diletakkan dalam geran. Geran rumah khususnya, tidak boleh menyenaraikan semua waris sebagai pemilik. Namun, nama semua waris boleh dimasukkan dalam geran tanah.

Ketika ini keputusan muafakat diperlukan. Jika tiada muafakat, sesi bicara akan ditangguhkan kerana tiada keputusan boleh dibuat. Akibatnya, urusan pembahagian pusaka akan berpanjangan. Dalam masa yang sama, jika ada dalam kalangan waris yang tidak mahu mengambil bahagian mereka, waris berkenaan boleh menyatakan demikian semasa sesi bicara.

Begitu juga dengan pemilikan kenderaan. Seorang waris perlu dinamakan untuk menerima kenderaan pusaka bagi menguruskan hal pentadbiran aset ini. Bagi kami, orang yang dinamakan adalah pemilik seterusnya.

Bagi urusan tunai pula, pegawai bicara boleh mengeluarkan arahan supaya wang tunai dikeluarkan kepada setiap waris atau kepada wakil waris. Sekiranya waris melantik wakil, pegawai mengingatkan ia adalah atas dasar PERCAYA. Wakil ini bertanggungjawab mengagihkan kepada semua waris mengikut persetujuan dan hak masing-masing.

Semua yang hadir berhak menyatakan pendapat mereka sama ada bersetuju atau tidak dengan pembahagian dan keputusan yang dibuat. Semakin banyak konflik dan pertentangan, maka proses perbicaraan semakin rumit dan meletihkan.

Waris yang hadir juga perlu menyedari hak waris yang tidak hadir serta berlaku adil kepada beliau. Waris yang tidak hadir akan menyerahkan Borang DDA yang sudah diisi. Kandungan borang ini mesti sama dengan keputusan semasa perbicaraan. Sekiranya, ada perbezaan perbicaraan akan diulang semula.

Menurut pengalaman peribadi, saya berpendapat sesi bicara kami berjalan lancar. Mungkin orang lain mempunyai pengalaman berbeza. Seperti yang saya nyatakan di bahagian awal artikel ini. Ia suatu proses yang melibatkan hal sensitif dan menyentuh emosi.

Namun, kita kembali kepada tujuan asal iaitu ingin menguruskan harta pusaka si mati dengan cepat, lancar dan mudah. Selain daripada itu, kita tidak mahu nilai ekonomi harta pusaka beku atau tidak boleh dimanfaatkan ke jalan yang baik.

Cuba bersikap rasional dan fokus kepada perkara yang dibincangkan dalam Bilik Bicara. Hal lain yang tidak berkaitan boleh dibincangkan di luar sesi.

SUMBER: Puan Norsa’adah Ahmad

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI

OR

Scroll to Top