Annuar Musa terima lamaran bantu KDN FC

Annuar Musa terima lamaran bantu KDN FC


BEKAS Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengesahkan beliau menerima lamaran yang dibuat oleh Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN) FC bagi membantu pasukan itu mengharungi saingan Liga Super musim 2025/2026.

Beliau berkata, tawaran itu diterima tanpa syarat dan ganjaran.

“Sekadar bersukarela demi bola sepak Kelantan dan negara…saya akan cuba sedaya upaya, Insya-ALLAH.

“Seperti yang saya gambarkan sebelum ini, saya mahu melihat Kelantan bangkit semula,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook miliknya pada Khamis.

Annuar berkata, KDN FC sudah boleh memulakan proses pembentukan pasukan selepas memperoleh lesen beraksi di Liga Super musim 2025/2026.

Ujarnya, selain pemain ia turut merangkumi pengurusan dan barisan kejurulatihan.

“Saya diberi maklum Kelantan antara 14 pasukan diluluskan lesen menyertai Liga Super musim akan datang.

“Walaupun begitu, kelulusan itu bersyarat….Insya-ALLAH Kelantan mampu penuhi semuanya,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top