May 21, 2024

“Antara Wajah Melayu Tercantik” UMMI NAZEERA Tampil Gorgeous Dalam Busana Hijau Raih Pujian – Hijabista

Walaupun sudah melahirkan dua orang anak, pelakon hebat Ummi Nazeera dilihat semakin cantik dan gorgeous!

Kredit Foto: umminazeera

Potongan badan pun macam anak dara, kekal langsing sesuai dengan ketinggian. Pakai apa pun nampak elok terletak, bertuahnya Ummi!

Kredit Foto: umminazeera

Pemilik nama penuh Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin ini antara selebriti tanahair yang mempunyai wajah klasik dan berkulit tan.

Maka tak hairanlah, Ummi Nazeera punya pesonanya yang tersendiri sebagai seorang wanita Melayu asli.

Kredit Foto: umminazeera
Kredit Foto: umminazeera

Menerusi satu hantaran di Instagram peribadinya baru-baru ini, Ummi Nazeera berkongsi fotonya yang cantik menyarungkan busana rekaan pereka fesyen terkenal Fiziwoo.

“Hi.. Good morning from your gadis Melayu”

Isteri kepada Dr Mohd Izzar ini telah menyarungkan koleksi Fiziwoo Artisanal rona hijau. So stunning and classy!

Kredit Foto: umminazeera

Rata-rata para pengikut dan peminat memuji penampilan Ummi Nazeera yang ekstra cantik itu.

Kredit Foto: umminazeera

“Antara wajah melayu tercantik”

“Haish cantik betul kak ummi ni.. betul-betul admire kat dia”

“Hii beautiful Ummi…you look very gorgeous!”

“Terpaling ayu”

BACA JUGA: “Jangan Lupa ‘Manjakan’ Diri,” Ummi Nazeera Titip Pesan Buat Hijabi Yang Bergelar Ibu!

Rakan-rakan artis seperti Rozita Che Wan, Farahdhiya dan Mimi Ernida turut memuji penampilan Ummi Nazeera.

Kredit Foto: umminazeera

Untuk info, nama Ummi Nazeera mula dikenali ramai setelah berjaya membawakan watak sebagai Siti Sarah dalam drama bersiri popular Nur Kasih yang trending pada 2009.

Kredit Foto: umminazeera

Ummi Nazeera turut membintangi beberapa buah filem popular iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah, Penanggal, dan Gol & Gincu vol 2.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


OR

Scroll to Top