Antos Pinnacles lebar sayap ke seluruh dunia, pacu perkhidmatan kewangan berasaskan AI

Antos Pinnacles lebar sayap ke seluruh dunia, pacu perkhidmatan kewangan berasaskan AI

Antos Pinnacles lebar sayap ke seluruh dunia, pacu perkhidmatan kewangan berasaskan AI


Labuan : Kumpulan kewangan global, Antos Pinnacles, terus memperkukuh kedudukannya dalam pasaran antarabangsa apabila berjaya mengembangkan operasi ke beberapa pusat kewangan utama dunia termasuk di Labuan, St Vincent and the Grenadines, Seychelles dan Hong Kong.

Langkah strategik jangka panjang itu dilakukan bagi menawarkan perkhidmatan kewangan moden yang dipacu oleh teknologi Kecerdasan Buatan (AI) serta perancangan aset berstruktur kepada pelabur di seluruh dunia.

Bagi operasi di dalam negara, Antos Pinnacles Limited yang berpangkalan di Labuan serta dikawal selia oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) di bawah kategori Straight Through Processing (STP).

Menurut jurucakap Antos Pinnacles, kehadiran mereka di pelbagai bidang kuasa bertujuan untuk berada lebih dekat di lokasi yang diperlukan oleh pangkalan pelanggan global yang pelbagai.

“Kehadiran kami di pelbagai bidang kuasa bukanlah bertujuan untuk mewujudkan kerumitan, tetapi untuk berada di tempat yang diperlukan oleh pelanggan kami, dalam rangka kerja yang sesuai. Setiap lokasi menambah keupayaan tersendiri kepada kumpulan ini,” katanya.

Jika Labuan menyediakan asas operasi terkawal selia untuk aspek pematuhan, lokasi seperti Hong Kong pula berfungsi sebagai hub fintech terkemuka di Asia yang memperkukuh kedudukan kumpulan di persimpangan antara kewangan dan teknologi digital.

Di semua pasaran antarabangsa, Antos Pinnacles menggunakan pendekatan bersepadu yang dibina berasaskan AI, analitik data dan infrastruktur perdagangan moden seperti platform MetaTrader 5 yang diiktiraf secara global.

Teknologi AI ini digunakan sebagai komponen penting bagi membantu pelanggan memahami maklumat pasaran, menilai risiko, serta membuat keputusan kewangan global termasuk forex, logam berharga, indeks dan CFD dengan lebih berdisiplin.

Pelbagai sumber berteraskan teknologi turut disediakan termasuk Trade Ideas, laporan Economic Insight, AI Technical Screener, analitik Smart Score, serta sesi siaran langsung (Live Broadcast).

Selain daripada pelaksanaan perdagangan semata-mata, kumpulan ini turut menekankan kepentingan pengurusan risiko, kepelbagaian instrumen dan perancangan kewangan jangka panjang berbanding mengejar keuntungan singkat.

Dengan gabungan pengurusan terkawal selia di Labuan serta komitmen jelas terhadap ekonomi digital, Antos Pinnacles kini bersedia untuk memenuhi keperluan pelabur antarabangsa yang sentiasa berubah merentasi pelbagai pasaran dan zon masa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top