Anwar suntik semangat Harimau Malaya

Anwar suntik semangat Harimau Malaya


sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Skuad bola sepak kebangsaan mendapat suntikan semangat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang aksi getir menentang Vietnam, 10 Jun ini.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Peter Cklamovski berkesempatan bertemu Anwar di hotel penginapan pasukan di Johor Bahru, sebentar tadi.

“Pada kunjungan hormat itu, Perdana Menteri manyampaikan amanat buat skuad kebangsaan dan mengucapkan selamat maju jaya bagi menghadapi perlawanan dengan Vietnam,” kata FAM di laman sosial badan induk itu.

Turut hadir dalam pertemuan itu Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dan Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman.

Aksi berdepan Vietnam di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah perlawanan kedua Harimau Malaya dalam Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027 selepas menundukkan Nepal 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, 25 Mac lalu.

Sebelum menentang Vietnam, Cklamovski terlebih dahulu akan menguji skuadnya pada perlawanan persahabatan antarabangsa berdepan pasukan ranking ke-72 dunia, Cape Verde di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, 29 Mei ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top