“Apa Je Orang Tak Kutuk Pasal Saya Ni” – Fazura

“Apa Je Orang Tak Kutuk Pasal Saya Ni” – Fazura


Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura mengakui dirinya tidak pernah terlepas daripada menjadi sasaran kecaman segelintir pihak, namun memilih untuk berdepan segala ujian dengan tabah.

Menurut Fazura, pelbagai tohmahan pernah dilemparkan terhadap dirinya, namun dia percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.

“Apa je orang tak kata pasal saya ni. Dipijak selumat-lumatnya lah kalau boleh, pelbagai. Tapi how saya handle, alhhamdulillah… ini semua dengan izin pertolongan dari Allah SWT.

“Apa sahaja yang kita buat ni semua Allah punya. So saya serah segalanya pada Dia. Allah yang maha berkuasa. Kita kena percaya benda tu,” katanya menerusi perkongsian di Threads.

Tambah pelakon filem Gol & Gincu itu, dia sentiasa mengingatkan dirinya agar tidak membalas kejahatan orang lian meskipun diri sendiri berdepan layanan kurang baik.

“Kalau orang buat jahat dekat kita, dia akan dapat jahat.

“Tapi kita sentiasa remind diri kita supaya tak buat benda yang sama dekat orang,” jelasnya.

 

Sumber: Threads



Source link

OR

Scroll to Top