“Apa Rasa Makan Duit Yang Bukan Hak Kita? Sedap Ke?”

“Apa Rasa Makan Duit Yang Bukan Hak Kita? Sedap Ke?”


Pelakon Rita Rudaini menyindir golongan lelaki yang sudah berpisah agar selesaikan nafkah anak terlebih dahulu sebelum melakukan perkara lain.

Menerusi hantaran di Threads, Rita turut mempersoalkan apa rasanya menggunakan wang yang bukan hak kita.

BACA: “Tiada Agenda Tersembunyi” – Rita Rudaini Bersuara Demi Kebajikan Anak-Anak & Ibu Bapa

“Nak buat apa ke, nak pergi mana ke, hutang nafkah anak selesaikan dahulu. Nak tahu juga apa rasa makan duit yang bukan hak kita. Sedap ke,” tulisnya.

Hantaran Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak membayangkan bagaimana di akhirat kelak buat mereka yang menculas nafkah untuk anak.

Malah, ramai yang meluahkan rasa hairan banyak kes bapa menculas nafkah anak serta kasihan apabila ramai ibu tunggal teraniaya kerana bekas suami mengabaikan tanggungjawab.






Source link

OR

Scroll to Top