Selebriti popular, Nur Fazura kesal apabila akaun Instagram milik anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya telahpun digantung gara-gara tindakan ‘report’ beramai-ramai yang dilakukan oleh segelintir individu.
Enggan mengulas lanjut mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu, Fazura bagaimanapun mendedahkan, ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.
“Sebenarnya ada musibah yang berlaku dimana akaun anak saya telahpun di report beramai-ramai. Saya pun tak tahu apa salahnya akaun anak saya tu dan telahpun ‘suspended’.
“Dalam dua minggu ni dah tiga kali attempt. Tak tahu kenapa banyak sangat report akaun Fatima. Dan saya received one more today,” katanya menerusi hantaran di Threads.
Bagaimanapun, Fazura berharap agar akaun tersebut dapat diperolehi semula memandangkan ia adalah kenangan buat dirinya dan Fatima.
“Tak apalah. kita doakan semoga saya boleh dapatkan semula akaun tu. Sebab banyak sangat memori Faz dalam akaun tu.
“Akaun itu saya yang create sendiri masa awal-awal dulu untuk kenangan kami bersama dan itu untuk kenangan Fatima simpan,” tambahnya.

Tidak habis disitu, Fazura turut berkongsi tangkap layar komen menerusi Instagram Story miliknya yang ditinggalkan individu yang dilihat seakan- akan bergembira apabila melihat akaun anaknya itu digantung.
Bahkan, Faz juga sempat meninggalkan komen sarkastik apabila mempersoalkan pengunaan emoji ketawa yang dibuat individu tersebut.
“Banyak sangat emoji ketawa ni. Awak alright tak alright?,” tulisnya pada tangkap layar berkenaan.

Terbaharu, pelantun lagu Luar Biasa itu memaklumkan, akaun Instagram Fatima telahpun berjaya diperolehi semula.
“Terima kasih Ya Allah, terim akasih uncle’s and aunties online yang doakan Fatima.
“Semoga anakanda Nur Fatima Aisya senantiasa di dalam lindungan Allah SWT di dunia dan akhirat.
“Semoga semua instagram akaun anak-anak semua, parents yang dah bertahun wujud akan sentiasa dilindungi untuk kenangan mereka nanti, Aamiin,” kongsinya.






