Apa yang kita perlu tahu mengenai fasa awal gencatan senjata di Gaza?

Apa yang kita perlu tahu mengenai fasa awal gencatan senjata di Gaza?


Doha: Pengantara utama Qatar pada Rabu bahawa 33 tebusan yang ditahan oleh Hamas di Gaza akan dibebaskan dalam peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang bertujuan menamatkan perang di wilayah Palestin.

Dua sumber yang rapat dengan Hamas sebelum ini memberitahu AFP bahawa Israel akan membebaskan kira-kira 1,000 tahanan Palestin, manakala jurucakap kerajaan Israel berkata, ratusan akan dibebaskan.

Berikut adalah butiran penting mengenai fasa awal perjanjian yang dijangkakan menurut pegawai dan laporan media Qatar, Amerika Syarikat (AS), Israel dan Palestin.

– Qatar berkata, Israel dan Hamas bersetuju untuk gencatan senjata di Gaza bermula pada Ahad ini dan pertukaran tebusan dan tawanan selepas 15 bulan perang.

– Seramai 33 tebusan Israel akan dibebaskan dalam fasa pertama iaitu tempoh selama 42 hari yang boleh menjadi “gencatan senjata kekal”, kata Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani.

– Mereka yang pertama dibebaskan ialah wanita awam dan rekrut wanita, kanak-kanak, orang tua serta orang awam yang sakit dan cedera.

– Jurucakap kerajaan Israel, David Mencer pada Selasa berkata, Israel “bersedia untuk membayar harga yang mahal – dalam ratusan” sebagai pertukaran untuk 33 tebusan.

– Dua sumber yang rapat dengan Hamas memberitahu AFP bahawa Israel akan membebaskan kira-kira 1,000 tahanan Palestin, termasuk mereka yang mempunyai “hukuman yang panjang”.

– Sheikh Mohammed berkata, jumlah tahanan Palestin yang akan dibebaskan sebagai pertukaran kepada tebusan Israel dalam fasa kedua dan ketiga akan “dimuktamadkan” dalam tempoh 42 hari ini.

– Semasa gencatan senjata awal selama 42 hari, tentera Israel akan berundur dari kawasan berpenduduk padat di Gaza untuk “membenarkan pertukaran tahanan, serta pertukaran jenazah dan kepulangan orang yang dipindahkan”, kata perdana menteri Qatar.

– Rundingan untuk fasa kedua akan dimulakan pada “hari ke-16” selepas pelaksanaan fasa pertama, kata seorang pegawai Israel.

– Fasa ini akan meliputi pembebasan baki tawanan, termasuk “askar lelaki dan mayat tebusan yang terbunuh”, lapor Times of Israel.

– Media Israel melaporkan bahawa di bawah perjanjian yang dicadangkan, Israel akan mengekalkan zon penampan dalam Gaza pada fasa pertama.

– Tentera Israel dijangka kekal sehingga “800 meter di dalam Gaza dari Rafah di selatan hingga Beit Hanun di utara.

– Tentera Israel tidak akan berundur sepenuhnya dari Gaza sehingga “semua tebusan dikembalikan”.

– Akhbar Haaretz melaporkan bahawa Israel akan membenarkan pergerakan penduduk dari selatan Gaza ke utara.

– Sumber yang rapat dengan Hamas berkata, tentera Israel akan berundur dari koridor Netzarim ke arah Jalan Salaheddin di timur, membolehkan orang yang kehilangan tempat tinggal kembali melalui pusat pemeriksaan elektronik yang dilengkapi kamera.

– Tiada tentera Israel akan hadir, dan pejuang Palestin akan dihalang daripada melalui pusat pemeriksaan ketika rakyat Palestin kembali ke Gaza.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top