Apakah marble fox itu najis berat seperti anjing?

Apakah marble fox itu najis berat seperti anjing?


RUBAH termasuk Marble Fox tidak dikategorikan sebagai najis berat walaupun menyerupai anjing. Foto Canva

Soalan

Apakah dibolehkan untuk membela rubah atau marble fox walaupun rupanya seperti anjing?

Jawapan

Rubah termasuk marble fox merupakan haiwan eksotik dan liar namun ia bukanlah anjing walaupun rupanya seakan-akan anjing.

Oleh itu, ia tidak dihukum sebagai najis mughallazah (najis berat) seperti anjing dan babi selain dibolehkan untuk membelanya selagi memenuhi syarat-syarat tertentu.

Antara syarat yang perlu dipenuhi termasuklah tiada unsur penganiayaan iaitu ia mesti dijaga dengan baik dari sudut makan, tempat tinggal dan kesihatannya.

Haiwan ini juga tidak boleh dizalimi atau dibiarkan menderita selain tidak memudaratkan penjaganya kerana ia merupakan haiwan liar dan berisiko menjadi agresif jika tidak dijinakkan.

Selain itu, untuk memelihara haiwan ini, ia memerlukan permit khas yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Artikel Disyorkan



Source link

OR

Scroll to Top