Apakah menutup mulut rakyat adalah reformasi yang dijanji? – Tun M

Apakah menutup mulut rakyat adalah reformasi yang dijanji? – Tun M


KUALA LUMPUR – “Apakah menutup mulut rakyat adalah reformasi yang dijanji?”

Itu pertanyaan Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Dr. Mahathir, rakyat Malaysia tidak dibenar bercakap, berbincang berkenaan isu-isu yang sensitif tidak berkenaan dengan 3R iaitu bangsa, agama dan raja, tidak boleh bercakap berkenaan tuduhan PM (Perdana Menteri) menjadi ahli dalam organisasi Yahudi dan berkenaan dengan tuduhan ada rancangan menubuhkan kasino.

“Jadi apa yang boleh kita bercakap. Dahulu Anwar berjanji kalau jadi PM ia akan lakukan reformasi,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top