APM Negeri Sembilan nafi terlibat tempahan makanan palsu

APM Negeri Sembilan nafi terlibat tempahan makanan palsu


am@hmetro.com.my

Seremban: Pihak tidak bertanggungjawab dikesan menggunakan nama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan untuk melakukan penipuan atas talian.

Unit Perhubungan Awam APM Negeri Sembilan berkata, penipuan itu menggunakan nama salah seorang kakitangan mereka pada 27 Julai lalu mengenai tempahan makanan.

“Ia daripada nombor yang tidak dikenali, menghantar pesanan atas talian menggunakan aplikasi WhatsApp kepada pembekal dan perkara ini sudah dinafikan oleh individu itu.

“Satu laporan polis dibuat menyatakan kami tidak pernah menghantar pesanan WhatsApp kepada mana-mana pembekal atau syarikat berkaitan tempahan makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, nombor telefon yang digunakan tidak dikenali oleh pengurusan APM Negeri Sembilan.

Bagaimanapun, katanya, perkara sama berlaku pada 6 Ogos lalu kepada pembekal yang berlainan.

“Pada hari itu, terdapat pembekal hadir ke APM Negeri Sembilan untuk menghantar tempahan yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana kakitangan kami.

“Satu lagi laporan polis dibuat berkenaan situasi itu. Kami menafikan perkara yang berkaitan serta pembabitan APM Negeri Sembilan berkaitan tempahan yang tidak wujud atau palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top