APMM Miri patahkan cubaan seludup rokok, minuman keras bernilai RM40,000

APMM Miri patahkan cubaan seludup rokok, minuman keras bernilai RM40,000



am@hmetro.com.my

Miri: Tindakan pantas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Miri berjaya mematahkan usaha menyeludup keluar rokok dan minuman keras secara haram dari perairan Lawas pada tengah malam Selasa, kata Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Miri Komander Maritim Mahkos Juing.

Katanya, hasil maklumat serta risikan, pasukan bergerak dengan menggunakan bot peronda menuju ke muara Lawas bagi menjalankan pemeriksaan serta serbuan ke atas suspek.

Menurutnya, tindakan suspek yang melarikan diri dengan tergesa-gesa jelas menunjukkan yang ia cubaan mengelakkan diri daripada ditahan pihak penguatkuasaan,” jelasnya

Beliau berkata, pemeriksaan menjumpai 50 kotak minuman keras pelbagai jenama berjumlah 1,200 tin serta 80 karton rokok atau 16,000 batang rokok yang disyaki tidak bercukai.

Katanya, keseluruhan rampasan adalah dianggarkan bernilai RM40,000.

“Semua barang rampasan kemudiannya jelas beliau dibawa ke Kompleks Zon Maritim Miri sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Terdahulu katanya, APMM mengesan aktiviti mencurigakan di lokasi yang terletak pada jarak 0.5 batu nautika dari Tanjung Kuala Lawas.

Justeru itu katanya, bertindak atas maklumat risikan, pasukan operasi dikerahkan ke lokasi pada 12.10 tengah malam bagi menjalankan pemeriksaan untuk pemeriksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top