Arbeloa seperti anak saya – Mourinho

Arbeloa seperti anak saya  – Mourinho


Lisbon: Jurulatih Benfica, Jose Mourinho, menyifatkan rakan sejawatannya di Real Madrid, Alvaro Arbeloa, sebagai ‘seperti anak sendiri menjelang pertembungan Liga Juara-Juara.

Pengendali veteran Portugal itu pernah melatih Arbeloa ketika beliau membimbing Madrid antara 2010 hingga 2013, dan mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemain pertahanan itu dalam bilik persalinan yang ketika itu berdepan perpecahan dalaman.

Susulan kenyataan Mourinho minggu lalu yang mengatakan beliau ‘terkejut” apabila jurulatih tidak berpengalaman mengendalikan kelab besar Eropah, yang dianggap sindiran terhadap pelantikan Arbeloa sebagai jurulatih baharu Madrid beliau menegaskan tidak pernah berniat menyukarkan kehidupan bekas anak buahnya itu.

Bekas jurulatih Inter Milan itu turut menjelaskan bahawa kenyataannya di Itali juga dianggap sebagai kritikan terhadap pelantikan Cristian Chivu di kelab Serie A itu musim panas lalu.

“Ada satu masalah. kedua-duanya, Chivu dan Arbeloa, adalah anak saya. Mereka bukan sekadar bekas pemain, tetapi insan yang istimewa,” kata Mourinho pada sidang media Selasa.

“Bercakap mengenai Alvaro, dari sudut kemanusiaan, peribadi dan empati, dia adalah antara pemain kegemaran saya sepanjang karier kejurulatihan.

“Sudah tentu dia bukan pemain terbaik yang pernah bermain untuk Real Madrid, tetapi dia antara manusia terbaik yang pernah bermain di bawah kendalian saya di Real Madrid.”

Mourinho berkata, beliau sendiri pernah terkejut apabila ditawarkan peluang membimbing Benfica pada awal karier kejurulatihannya pada tahun 2000, justeru kenyataannya tidak wajar dianggap sebagai satu penghinaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top