Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana mendedahkan dia menerima ugutan sebaik saja pulang daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.
Menerusi sesi siaran langsung, Ardell berkata dia tidak gentar dengan ugutan berkenaan apabila ada pihak yang menghubungi pengurusnya untuk mendapat lokasi dimana dia berada.
BACA: Ardell Dedah Tudung Direntap Hingga Rambut Tercabut, Diugut B*n*h Anak
“Orang kecam saya, tapi tidak beri kesan pun. Ada sampai yang hubungi pengurus saya, sanggup tawar RM5,000 semata-mata nak tahu lokasi saya berada.
“Mereka marah dan paksa untuk dapatkan maklumat saya. Tapi saya tak kisah dan tak takut dengan ugutan itu,” katanya.
Sementara itu, Ardell memaklumkan dia dalam keadaan baik-baik sahaja dan memaklumkan dia tidak aktif di media sosial kerana menjaga ibunya.
“Saya tak aktif di media sosial sebab jaga emak saya. Saya minta maaf sebab diam dan buat semua risau. Saya okay saja.
“Lebam sebelum ini pun sikit saja, bahu bukan patah , cuma tisu koyak. Badan saya lembik sedikit, tapi saya tak nak susahkan sesiapa,” katanya.






