Arif Aiman mampu jadi pemain lebih berbisa

Arif Aiman mampu jadi pemain lebih berbisa


BINTANG sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi masih mampu meningkatkan kemampuan serta kualiti permainan sekali gus mengukuhkan dirinya sebagai antara pemain terbaik yang pernah dilahirkan negara.

Bekas penjaga gol JDT, Farizal Marlias berkata, pencalonan Arif Aiman dalam kelompok tiga pemain terbaik Asia pada Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2025 baru-baru ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan membuktikan tahap kematangan pemain itu semakin menyerlah.

Mengimbau detik awal mengenali bakat Arif Aiman, Farizal berkata, potensi pemain itu sudah terserlah sejak perlawanan persahabatan antara JDT I dan JDT III sebelum Arif Aiman menyertai skuad utama JDT.

“Pertama kali saya jumpa dia ketika dia umur 16 atau 17 tahun. Ketika itu kami ada satu perlawanan persahabatan antara JDT I dan JDT III. Saya masih ingat, Arif Aiman bermain di posisi sayap kiri dan dia menunjukkan prestasi sangat baik.

“Kemudian jurulatih menukarnya ke sebelah kanan, dan dia tetap bermain cemerlang. Dari situ saya tahu dia istimewa,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Sebelum ini, Arif Aiman mencipta sejarah sebagai pemain Malaysia pertama tercalon Anugerah Pemain Terbaik Tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2025.

Biarpun tewas kepada pemain Arab Saudi, Salem Al-Dawsari yang memenangi anugerah tersebut, namun ia membuktikan bakat Arif Aiman sudah mula membuka mata Asia.

“Di JDT, Arif Aiman pemain yang sangat berdisiplin selain antara pemain yang datang awal ke sesi latihan dan sangat konsisten dengan rutin hariannya. Itu yang menjadikan dia semakin matang dan berkualiti,” katanya.

Menurut Farizal lagi, kekuatan fizikal menjadi antara kelebihan utama pemain itu sehingga digelar ‘Messi Malaysia’ dalam kalangan rakan sepasukan.

“Saya boleh katakan kekuatan ‘lower part’ dia sangat baik. Sebab itu di JDT kami panggil dia Messi bezanya cuma Arif kaki kanan. Walaupun dibentes keras, dia masih mampu berdiri. Itu yang membuatkan dia unik,” katanya.

Dalam pada itu, Farizal berharap kejayaan dan semangat ditunjukkan pemian berusia 23 tahun itu dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda bola sepak negara.

“Saya harap akan ada lagi 10 hingga 20 pemain seperti Arif Aiman pada masa akan datang. Untuk lahirkan bakat seperti ini, semuanya perlu bermula dari peringkat asas,” ujarnya.

 

Ringkasan AI

  • Arif Aiman Hanapi dari JDT dan Harimau Malaya berpotensi meningkatkan kemampuan dan kualiti permainannya
  • Farizal Marlias memuji pencalonan Arif Aiman sebagai antara tiga pemain terbaik Asia di AFC 2025 sebagai pencapaian membanggakan
  • Arif Aiman mula menonjol sejak berusia 16 atau 17 tahun dalam perlawanan persahabatan antara JDT I dan JDT III
  • Dia merupakan pemain Malaysia pertama yang tercalon untuk Anugerah Pemain Terbaik Tahunan AFC 2025
  • Arif dijuluki ‘Messi Malaysia’ kerana kekuatan fizikalnya dan diharapkan akan menginspirasi generasi muda bola sepak negara



Source link

OR

Scroll to Top