‘Arif Aiman permata Malaysia’ – Luis Garcia

‘Arif Aiman permata Malaysia’ – Luis Garcia


KETUA Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT), Luis Garcia memberikan pujian kepada Arif Aiman Hanapi dengan menyifatkan pemain itu sebagai permata Malaysia.

Menurut bekas legenda Liverpool itu, Arif Aiman memiliki segala kualiti yang diperlukan untuk beraksi di pentas Eropah berdasarkan prestasi konsisten dan bakat semula jadi yang dimilikinya.

“Dia adalah permata Malaysia. Laju, hebat dalam situasi satu lawan satu, kuat dan mampu menjaringkan gol. Dia boleh beraksi di Eropah dengan mudah,” kata Garcia kepada media antarabangsa, The Guardian.

Pemain berusia 23 tahun itu sebelum ini tampil cemerlang bersama JDT dan menjadi watak penting kepada Harimau Selatan di posisi sayap kanan.

Namun, pada saingan liga musim ini, pemain yang bernilai €700,000 (RM3.2 juta) itu berdepan kecederaan yang menyaksikan beliau terpaksa berehat panjang.

Pemain lincah itu mengalami kecederaan serius ketika berdepan Nepal pada November lalu, yang menyebabkannya terpaksa disisihkan daripada padang buat sekian lama.

Susulan kecederaan itu, beliau telah menjalani pembedahan di Finland pada Disember lalu bagi memastikan pemulihan yang optimum.

Ketika ini, Arif Aiman sudah mula berlatih dan turut dibawa oleh JDT ke Jeddah bagi perlawanan suku akhir menentang juara bertahan ACLE, Al-Ahli di King Abdullah Sports City Hall pada Jumaat ini.

Kehadiran semula Arif Aiman dalam skuad sudah pasti menjadi suntikan moral terbesar buat JDT dalam usaha mereka melakar kejutan di peringkat Asia.



Source link

OR

Scroll to Top