Arif Aiman sah bergelar suami kepada Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman sah bergelar suami kepada Nurul Aliah Natasha


Arif Aiman mengucup dahi Nurul Aliah Natasha selepas sah bergelar suami isteri. – Foto media sosial

JOHOR BAHRU – Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi sah bergelar suami kepada pasangan pilihan hatinya, Nurul Aliah Natasha dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah lokasi di Johor Bahru pada Isnin.

Majlis akad nikah itu dihadiri ahli keluarga kedua-dua belah pengantin serta kenalan rapat dalam suasana sederhana namun meriah.

Momen indah tersebut dikongsikan menerusi video dimuat naik sebuah stesen radio di aplikasi TikTok yang memaparkan Arif Aiman tenang melafazkan akad nikah sambil ditemani bapanya di sisi.

Selepas selesai akad nikah, pasangan mempelai yang sama cantik sama padan itu diraikan di pelamin bagi sesi fotografi bersama para tetamu yang hadir.

Ruangan komen media sosial pula dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebahagiaan pasangan pengantin baharu itu.

Arif Aiman, 24, menamatkan zaman bujang bersama Nurul Aliah Natasha yang merupakan seorang usahawan muda.

Majlis persandingan dijadual berlangsung pada sebelah malam dan dijangka diserikan dengan keberangkatan Tunku Mahkota Ismail selaku Pemangku Sultan Johor serta pemilik kelab Johor Darul Ta’zim.

Sejak Sabtu, tular sekeping kad jemputan perkahwinan pemain sayap kebangsaan itu seterusnya menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tempatan.



Source link

OR

Scroll to Top