Arora Skincare terus mengukuhkan jenamanya dalam industri kecantikan tempatan selepas melancarkan secara rasmi lima cawangan Arora Beauty Spa serentak, termasuk di ibu pejabatnya di Setia Alam, Selangor.
Penjagaan kulit bertaraf antarabangsa

Selain Setia Alam, cawangan spa baharu turut dibuka di Ipoh, Manjung, Seberang Jaya dan Cyberjaya, menandakan permintaan yang semakin meningkat terhadap pendekatan penjagaan kulit holistik yang ditawarkan oleh Arora.
Pembukaan ini selaras dengan visi jangka panjang syarikat untuk menyediakan solusi penjagaan kulit yang menyeluruh bukan sahaja melalui produk, tetapi juga rawatan profesional yang menitikberatkan kesihatan kulit dari dalam hingga ke luar.
Menurut pengasas Arora Skincare & Arora Beauty Spa, Puan Ira Shahrul, konsep spa mereka berbeza daripada kebanyakan spa lain di pasaran.

“Kami tidak seperti spa biasa yang menawarkan pakej berkala sehingga pelanggan rasa terikat atau terbeban. Di Arora Beauty Spa, kami memberikan kebebasan kepada pelanggan untuk memilih servis yang sesuai dengan jenis kulit dan bajet masing-masing,” kata Ira, baru-baru ini.
Beliau juga menekankan pendekatan unik Arora dalam penjenamaan tidak diasaskan berdasarkan wajah selebriti. Sebaliknya, jenama ini dibina atas keyakinan pengguna sebenar. Pelanggan setia bukan kerana artis atau duta, tetapi kerana keberkesanan dan kualitinya.
Dengan pertumbuhan rangkaian spa, Arora turut merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa. Setakat ini, Arora telah menerima pelanggan dari Singapura, Brunei, dan beberapa negara serantau lain, menandakan jenama tempatan ini mempunyai potensi untuk berkembang ke peringkat global.
Majlis pelancaran turut diserikan dengan kehadiran pelakon terkenal Izara Aishah, yang kagum dengan standard antarabangsa produk Arora.

“Saya tak sangka teknologi seperti Ampule Treatment ini ada pada jenama tempatan. Kualitinya memang setanding antarabangsa. Saya galakkan semua datang cuba sendiri servis spa dan produk Arora,” kata Izara.
Selain itu, Dr. Wan menekankan kepentingan konsep ‘try and error’ dalam pemilihan produk penjagaan kulit, kerana setiap individu memberi reaksi berbeza walaupun produk telah melalui ujian keselamatan.
Beliau memuji pendekatan Arora menyediakan trial set bersaiz kecil, membolehkan pelanggan mencuba terlebih dahulu tanpa pembaziran.
Bersempena pembukaan rasmi Arora Beauty Spa Setia Alam, syarikat menawarkan Pakej Spa Eksklusif bernilai RM175 kepada 100 pelanggan terawal sahaja, sah sehingga 28 Februari.
Orang ramai dijemput membuat tempahan awal dan mendapatkan maklumat lanjut melalui Laman web: www.aroraskincare.com atau Whatsapp di nombor 017-9937769.






