Arsenal akan teruskan perjuangan sehingga akhir musim – Arteta

Arsenal akan teruskan perjuangan sehingga akhir musim – Arteta


BOS Arsenal, Mikel Arteta menegaskan bahawa The Gunners l tidak akan menyerah kalah dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), kelab London itu bergelut untuk mencari rentak kemenangan yang kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.

Keputusan seri 0-0 menentang Nottingham Forest di City Ground menyaksikan Arsenal kehilangan lima mata dalam dua perlawanan terakhir.

Kegagalan ini amat mengecewakan, terutamanya selepas Liverpool turut terikat seri oleh Everton dan Aston Villa sebelum ini.

Dengan 11 perlawanan berbaki dan 33 mata untuk direbut, Arteta menegaskan bahawa naib juara musim lalu di belakang Manchester City itu akan terus berjuang sehingga ke akhir musim.

“Pendekatan kami tetap sama seperti minggu lepas, dua minggu lepas, tiga bulan lepas… Satu-satunya perkara yang boleh kami lakukan ialah memenangi perlawanan dan melihat berapa banyak mata yang kami peroleh.

“Kami kehilangan dua mata dalam perlawanan ini dan ia sangat menyakitkan. Kami di sini untuk menang. Kami menunjukkan semangat juang tinggi dan kerja keras.

“Kami menguasai permainan dan mencuba pelbagai cara. Kami bertegas tetapi kurang sentuhan akhir untuk memecahkan pertahanan lawan. Kami perlu mencipta lebih banyak percubaan tepat,” kata pengendali The Gunners itu.

Walaupun gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut, Arteta berpuas hati dengan prestasi pasukannya menentang Forest, yang menurutnya jauh lebih baik daripada kekalahan kepada West Ham United sebelum ini.

“Perbezaan standard yang besar (berbanding kekalahan West Ham). Kami bertahan dengan tenaga, tujuan, perjuangan, dan kesungguhan untuk berjaya. Bukan kerana kami kekurangan itu. Kami berusaha sehingga akhir tetapi gagal melakukannya,” jelas Arteta.



Source link

OR

Scroll to Top