Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham

Arsenal bawa keluar satu mata dari Fulham


Jaringan Saliba memastikan Arsenal keluar dari Craven Cottage dengan satu mata pada Ahad. Foto: Agensi

RENTAK kemenangan Arsenal dalam empat perlawanan berturut-turut semua pertandingan terhenti apabila berkongsi mata ketika mengadakan kunjungan ke Stadium Craven Cottage menentang Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad.

The Cottagers kendalian Marco Silva berada di depan terlebih dulu memimpin separuh masa pertama menerusi jaringan penyerang kelahiran Mexico, Raul Jimenez yang menyudahkan sentuhan tonggak pertahanan dari Belanda, Kenny Tete menewaskan David Raya minit ke-11.

Anak buah Mikel Arteta kemudian bangkit separuh masa kedua bermula dengan jaringan penyamaan tonggak pertahanan dari Perancis, William Saliba yang menyempurnakan sentuhan pemain tengah kelahiran Jerman, Kai Havertz ke-52 untuk kedudukan 1-1.

The Gunners berpeluang memimpin permainan menerusi jaringan minit ke-88 daripada Bukayo Saka menewaskan bekas penjaga gol Arsenal dari Jerman, Bernd Leno, namun dinafikan kemudian hasil semakan video bantuan pengadil (VAR).

Keputusan itu menyaksikan Arsenal mengumpul 29 mata selepas mengharungi 15 perlawanan lima mata di belakang pendahulu Liverpool yang kurang satu perlawanan.

Perlawanan Liverpool menentang Everton dalam Derbi Merseyside Liga Perdana Inggeris di Stadium Goodison Park pada Sabtu ditangguhkan berikutan keadaan cuaca buruk.

Arsenal selepas ini akan melayan kunjungan kelab Ligue 1 Perancis, AS Monaco seliaan Adi Hutter dalam perlawanan Liga Juara-Juara di Stadium Emirates pada Khamis.

Kemudian anak buah Arteta di laman sama akan melayan kehadiran Everton kendalian Sean Dyche dalam perlawanan liga pada Sabtu.


LIGA PERDANA INGGERIS

Keputusan

Fulham 1-1 Arsenal

Leicester City 2-2 Brighton

Ipswich Town 1-2 Bournemouth



Source link

OR

Scroll to Top