Arsenal bedil Bayern Munich di London

Arsenal bedil Bayern Munich di London


ARSENAL mencatat kemenangan sulung ke atas Bayern Munich dalam sedekad untuk mengekalkan rekod sempurna lima kemenangan daripada lima perlawanan dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) musim ini.

Kejayaan itu sekali gus menempatkan mereka di puncak liga selepas menewaskan juara Jerman itu 3-1 pada awal pagi Khamis.

Jurrien Timber meletakkan Arsenal di hadapan pada minit ke-22 hasil tandukan dari sepakan penjuru, sebelum pemain remaja Bayern, Lennart Karl menyamakan kedudukan dengan gol bergaya sebelum separuh masa pertama tamat.

Separuh masa kedua menyaksikan Arsenal menguasai permainan sepenuhnya, apabila dua pemain gantian Noni Madueke dan Gabriel Martinelli menjaringkan gol, mengekalkan Arsenal dengan rekod sempurna 100 peratus dan lima kemenangan berturut-turut.

Dengan Inter Milan gagal meraih kemenangan, Arsenal kini satu-satunya pasukan dalam saingan dengan 15 mata penuh dan hampir pasti layak ke pusingan 16 terakhir.

Kedua-dua pasukan juga unggul dalam liga domestik masing-masing dengan enam mata selesa dan prestasi menakjubkan di pentas Eropah.

Pertemuan kali ini adalah yang ke-15 antara kedua-dua pasukan selepas Bayern menewaskan Arsenal di suku akhir dua musim lalu.

Namun, Arsenal kini berada pada tahap lebih mantap, mengekalkan rekod 15 perlawanan tanpa kalah sebelum perlawanan pada Khamis.

Bayern yang disokong peminat mereka kelihatan yakin pada awal permainan, tetapi terkejut pada minit ke-22 apabila Arsenal menjaringkan gol mudah yang menjadi trademark mereka.

Bukayo Saka melancarkan sepakan penjuru, Myles Lewis-Skelly menyentuh sedikit bola kepada penjaga gol Bayern, Manuel Neuer sebelum Timber melengkapkan tandukan ke gawang.

Namun, kelebihan itu bertahan hanya 10 minit apabila Bayern menyamakan kedudukan melalui serangan terancang.

Joshua Kimmich menghantar hantaran panjang kepada Michael Olise, yang kemudian menyeberang bola dan disudahkan remaja 17 tahun, Karl, menjadikannya pemain pertama menjaringkan gol ke atas Arsenal musim ini.

Tekanan Arsenal membuahkan hasil pada minit ke-69 apabila Riccardo Calafiori membuat hantaran lintang dari sebelah kiri yang disudahkan Noni Madueke untuk gol pertamanya bersama Arsenal.

Lapan minit kemudian, Martinelli menambah gol ketiga selepas Neuer gagal menghalang hantaran Eberechi Eze, membolehkan penyerang Brazil itu menolak bola ke gawang kosong.

Ringkasan AI

  • Arsenal mencatat kemenangan sulung ke atas Bayern Munich dalam sedekad dan mengekalkan rekod sempurna lima kemenangan dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini
  • Jurrien Timber, Noni Madueke, dan Gabriel Martinelli menjaringkan gol untuk Arsenal
  • Arsenal memuncak liga dengan 15 mata penuh hampir pasti layak ke pusingan 16 terakhir
  • Ini adalah pertemuan ke-15 antara kedua-dua pasukan, dengan Arsenal menunjukkan prestasi mantap
  • Bayern menyamakan kedudukan melalui gol Lennart Karl tetapi tidak dapat mengekalkan momentum berbanding Arsenal



Source link

OR

Scroll to Top