Mikel Arteta percaya perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven di Stadion Philips akan beri semangat baharu kepada pasukannya.
ARSENAL yang sedang bergelut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kini mengalihkan fokus ke pentas Eropah.
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta percaya bahawa perlawanan pusingan 16 Liga Juara-Juara menentang PSV Eindhoven di Stadion Philips akan memberikan semangat baharu kepada pasukannya.
The Gunners tiba di Belanda dengan misi untuk menghidupkan semula semangat juang selepas ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
“Perlawanan ini jelas membawa tenaga yang berbeza, memastikan semua orang sentiasa bersemangat,” kata Arteta.
Arteta mengakui bahawa PSV bukan lawan mudah, memandangkan gergasi Eredivisie Belanda itu telah menyingkirkan Juventus pada peringkat sebelumnya.
“Kami telah banyak bermain dengan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jadi kami tahu cabarannya,” ujarnya.
Arsenal sebagai rekod mempunyai kenangan pahit menentang PSV dalam Liga Juara-Juara, apabila mereka tersingkir dalam pusingan kalah mati beberapa tahun lalu.
LIGA JUARA-JUARA
PUSINGAN 16
PERLAWANAN PERTAMA
RABU (5 MAC)
Club Brugge lwn Aston Villa, 1.45 pagi
Real Madrid lwn Atletico Madrid, 4 pagi
PSV Eindhoven lwn Arsenal, 4 pagi
Borussia Dortmund lwn LOSC Lille, 4 pagi
KHAMIS (6 MAC)
Feyenoord Rotterdam lwn Inter Milan, 1.45 pagi
Bayern Munich lwn Bayer Leverkusen, 4 pagi
Benfica lwn Barcelona, 4 pagi
Paris Saint-Germain lwn Liverpool, 4 pagi