Arsenal kehilangan Kai Havertz hingga akhir musim

Arsenal kehilangan Kai Havertz hingga akhir musim


PENCABAR kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Arsenal berdepan khabar buruk setelah Kai Havertz disahkan tidak dapat meneruskan baki musim ini apabila perlu menjalani pembedahan akibat kecederaan hamstring semasa latihan.

The Gunners yang mengesahkan berita tersebut menerusi kenyataan rasmi berkata, Kai Havertz mengalami kecederaan hamstring semasa sesi latihan di Dubai minggu lalu.

“Penilaian lanjut dan rundingan pakar mengesahkan kecederaan itu memerlukan pembedahan yang akan dilakukan dalam beberapa hari lagi.

“Selepas pembedahan, Kai akan memulakan program pemulihannya, yang dijangka berterusan hingga persiapan pramusim musim depan,” katanya.

Sebagai rekod, pemain berusia 25 tahun itu, yang merupakan penjaring gol terbanyak kelab musim ini dengan 15 gol dalam semua pertandingan, menyertai senarai panjang pemain depan Arsenal yang cedera.

Sebelum ini, Gabriel Jesus mengalami kecederaan ligamen anterior cruciate, Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli, kedua-duanya cedera hamstring juga terpaksa direhatkan.

Kecederaan Havertz, menyaksikan Arsenal kini menghadapi krisis barisan serangan yang serius akan diuji apabila bertandang ke Stadium King Power menentang Leicester City bagi aksi liga pada Sabtu.

JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (15 FEBRUARI)

Brighton lwn Chelsea, 4 pagi

Leicester City lwn Arsenal, 8.30 malam

West Ham United lwn Brentford, 11 malam

Southampton lwn Bournemouth, 11 malam

Aston Villa lwn Ipswich Town, 11 malam

Manchester City lwn Newcastle United, 11 malam

Fulham lwn Nottingham Forest, 11 malam

AHAD (16 FEBRUARI)

Crystal Palace lwn Everton, 1.30 pagi

Liverpool lwn Wolves, 10 malam

ISNIN (16 FEBRUARI)

Tottenham Hotspur lwn Manchester United, 12.30 malam



Source link

OR

Scroll to Top