Arsenal, Liverpool, United, Spurs sedia tuntut ganti rugi

Arsenal, Liverpool, United, Spurs sedia tuntut ganti rugi


London: Arsenal, Liverpool, Manchester United, dan Tottenham dilaporkan mengemukakan notis undang-undang yang memberi hak untuk menuntut ganti rugi sekiranya Manchester City didapati melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL).:

The Times melaporkan bahawa notis berkenaan dihantar kerana kebimbangan bahawa kelab-kelab itu mungkin akan kehabisan masa untuk berbuat demikian di bawah statut had masa jika mereka menunggu keputusan.

City didakwa dengan 115 pelanggaran peraturan liga utama pada Februari tahun lalu, dakwaan yang sentiasa dinafikan dengan tegas oleh kelab itu.

Satu pendengaran kes oleh suruhanjaya bebas dimulakan pada 16 September di Pusat Penyelesaian Pertikaian Antarabangsa di London.

Pendengaran itu dilaporkan dijadualkan selama 10 minggu.

Keputusan tidak dijangka akan dibuat sehingga Tahun Baru.

Kelab-kelab berkenaan dilaporkan diberi nasihat bahawa statut had masa enam tahun berkemungkinan bermula dari November 2018, apabila majalah Jerman Der Spiegel mula menerbitkan dakwaan terhadap City, yang mendorong EPL untuk membuka siasatan.

The Times berkata, kelab-kelab itu mungkin akan menuntut ganti rugi di bawah peraturan timbang tara liga sekiranya City didapati bersalah atas beberapa dakwaan serius yang dihadapi mereka.

Kelab itu menafikan sebarang salah laku dan sebelum ini menyatakan bahawa mereka mempunyai ‘bukti kukuh yang tidak dapat disangkal’ untuk menyokong pendirian mereka.

City mendominasi bola sepak England dalam beberapa tahun kebelakangan ini, memenangi enam daripada tujuh gelaran EPL yang lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top