Arsenal perlu jaring gol, menang di Eindhoven

Arsenal perlu jaring gol, menang di Eindhoven


JURRIEN Timber menegaskan Arsenal mempunyai peluang untuk mengubah naratif musim kelab London itu apabila menentang PSV Eindhoven dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara di Stadium Philips.

Malah pemain pertahanan The Gunners berusia 23 tahun itu percaya mereka mempunyai motivasi untuk mara ke suku akhir Liga Juara-Juara untuk musim kedua berturut-turut.

Skuad kendalian Mikel Arteta itu akan berdepan juara Belanda bimbingan Peter Bosz tersebut setelah gagal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan terakhir menentang West Ham United dan Nottingham Forest.

Mikel Merino dijangka terus menjadi penyerang tengah sementara Timber, yang kembali ke tanah airnya selepas menyertai Ajax Amsterdam pada 2023, menegaskan mereka yakin untuk mencipta kejutan selepas gagal menang di Eindhoven dalam empat percubaan terakhir.

“Saya percaya setiap pemain bermotivasi. Kami berjaya menunjukkan pada peringkat kumpulan dengan sangat baik, dan mempunyai pasukan yang bagus serta ini peluang untuk mengubah naratif untuk menang,” katanya.

Ditanya bagaimana mereka boleh mengubah keadaan, Timber berkata: “Saya tidak melihatnya sebagai negatif tetapi kami telah melalui banyak perkara, terutamanya beberapa minggu lalu, tetapi ia adalah satu cabaran dan kami perlu menerimanya.

“Kami perlu menjaringkan gol dan menang di Eindhoven, kerana fasa ini anda hanya mempunyai dua perlawanan dan tidak mendapat peluang kedua, jadi kami perlu melakukannya semuanya di sini.”

Sementara itu, Arteta menegaskan dia hanya melihat pemain-pemainnya kembali memberikan cabaran segera dalam perlawanan berkenaan.

“Ia adalah permainan yang benar-benar membawa tenaga berbeza dan satu pertandingan yang meletakkan semua orang bersiap sedia.

“Kami telah melakukan banyak perkara pada musim ini. Di sini dan sekarang adalah masa untuk mula membuat satu lagi langkah kukuh ke arah yang kita mahukan,” katanya.

LIGA JUARA-JUARA

PUSINGAN 16

PERLAWANAN PERTAMA

RABU (5 MAC)

Club Brugge lwn Aston Villa, 1.45 pagi

Real Madrid lwn Atletico Madrid, 4 pagi

PSV Eindhoven lwn Arsenal, 4 pagi



Source link

OR

Scroll to Top