‘Arsenal tempat terbaik saya berkembang’ – Nwaneri

‘Arsenal tempat terbaik saya berkembang’ – Nwaneri


ARSENAL mengikat pemain muda berbakat, Ethan Nwaneri dengan kontrak baharu selama lima tahun yang akan mengekalkannya di Stadium Emirates sehingga musim panas 2030.

Sebelum ini, kontrak pemain tengah berusia 18 tahun itu dijadual tamat pada Jun 2026.

“Ia amat bermakna buat saya. Saya sangat gembira ia dapat diselesaikan. Arsenal adalah rumah dan tempat terbaik untuk saya berkembang.

“Saya melihat musim ini sebagai musim pertama dalam skuad utama sebenar di bilik persalinan. Saya teruja untuk memberi sumbangan kepada pasukan dan membantu mencapai kejayaan.

“Saya rasa permainan kini lebih secara langsung berbanding sebelum ini dan juga menambah jumlah jaringan. Saya tidak sabar menantikan apa yang akan datang,” katanya.

Nwaneri mencuri tumpuan apabila muncul sebagai pemain termuda dalam sejarah Liga Perdana Inggeris ketika berusia 15 tahun 181 hari menentang Brentford pada September 2022.

Musim lalu, beliau tampil dalam 37 perlawanan semua kejohanan dan menjaringkan sembilan gol, sekali gus mencatat kempen sulung yang mengagumkan bersama The Gunners.

Pencapaian itu dilengkapkan dengan kejayaan membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) England mempertahankan kejuaraan Euro B-21 di Slovakia, Jun lalu.



Source link

OR

Scroll to Top