PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui pertemuan menentang Crystal Palace di Stadium Emirates membawa makna lebih besar buat The Gunners selepas keputusan seri 2-2 di Selhurst Park musim lalu menjejaskan peluang mereka memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arteta berkata, pasukannya kini mahu mengekalkan momentum positif dengan terus memperbaiki rekod menentang pasukan yang pernah membuat mereka kehilangan mata musim lalu.
“Ini perlawanan keempat berturut-turut kami menentang pasukan yang kami gagal menewaskan musim lalu.
“Musim ini kami sudah berjaya mengatasi mereka, jadi tumpuan kini adalah untuk meneruskan rentak kemenangan itu,” kata Arteta.
Pertemuan kali ini turut mencuri tumpuan apabila Eberechi Eze berpeluang menentang bekas kelabnya buat kali pertama sejak berpindah ke Arsenal pada Ogos lalu.
Pemain tengah kelahiran London itu sebelum ini muncul wira The Eagles apabila menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Manchester City dalam final Piala FA musim lalu, sekali gus menghadiahkan trofi utama pertama dalam sejarah kelab dari Selatan London itu.
“Bagi Ebs (Eze), saya tahu perlawanan ini akan menjadi sangat istimewa kerana sejarahnya bersama Palace dan apa yang pernah dilakukannya untuk kelab itu. Namun, fokus utama tetap kepada pasukan,” kata Arteta.
LIGA PERDANA INGGERIS
SABTU (25 OKTOBER)
Leeds United lwn West Ham United,
(Stdm Elland Road, 3 pagi)
Chelsea lwn Sunderland
(Stdm Stamford Bridge, 10 malam)
Newcastle United lwn Fulham
(Stdm St James’s Park, 10 malam)
AHAD (26 OKTOBER)
Manchester United lwn Brighton
(Stdm Old Trafford, 12.30 malam)
Brentford lwn Liverpool
(Stdm Komuniti Gtech, 3 pagi)
Wolverhampton lwn Burnley
(Stdm Molineux, 10 malam)
Arsenal lwn Crystal Palace
(Stdm Emirates, 10 malam)
Aston Villa lwn Manchester City
(Stdm Villa Park, 10 malam)
Bournemouth lwn Nottingham Forest
(Stdm Vitality, 10 malam)
ISNIN (27 OKTOBER)
Everton lwn Tottenham Hotspur
(Stdm Hill Dickinson, 12.30 tengah malam)
Ringkasan AI
- PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mengakui pertemuan menentang Crystal Palace memiliki makna lebih besar untuk The Gunners setelah seri 2-2 musim lalu mengganggu peluang juara EPL
- Pasukan Arteta bertekad mempertahankan momentum positif dengan memperbaiki rekod menentang pasukan yang menyebabkan kehilangan mata sebelumnya
- Ini adalah perlawanan keempat berturut-turut Arsenal menentang pasukan yang gagal dikalahkan musim lalu, namun telah berjaya mengatasi mereka musim ini
- Pertemuan menarik apabila Eberechi Eze berpeluang menentang bekas kelabnya, Crystal Palace, buat kali pertama sejak berpindah ke Arsenal
- Eze dianggap wira Palace selepas menjaringkan gol tunggal kemenangan ke atas Manchester City dalam final Piala FA, menyumbang trofi utama pertama untuk kelab Selatan London itu






