Arteta mahu pemain Arsenal bangkit selepas kehilangan Gabriel

Arteta mahu pemain Arsenal bangkit selepas kehilangan Gabriel


PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta mahu pemain The Gunners lain untuk bangkit menunjukkan kemampuan masing-masing selepas pemain pertahanan tengah, Gabriel Maghalaes, direhatkan untuk tempoh yang lama akibat kecederaan hamstring ketika menentang Fulham di Stadium Emirates.

The Gunners akan bertandang ke Stadium Goodison Park menentang Everton pada Sabtu sebelum melayan kunjungan Real Madrid dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, Rabu depan.

Status Riccardo Calafiori juga berada di luar padang, ketika Arsenal sedang menunggu perkembangan terkini Jurrien Timber dan Ben White, Arteta mengakui: “Ia sukar, namun saya bangga apabila pasukan ini memberi reaksi seperti yang mereka lakukan sepanjang musim.

“Kami tahu dia (Gabriel) akan direhatkan untuk tempoh yang lama. Kami perlu mencari penyelesaian yang berbeza. Kami telah sampai sejauh ini.

“Sekarang kami berada dalam fasa bahagian musim yang paling penting dan mencabar.

“Pemain lain perlu mempunyai peluang untuk bermain. Pasukan perlu mencari cara lain untuk mengharungi cabaran ketika ini.”

Arteta menambah Calafiori juga tidak cergas berkata: “Kami telah kehilangan empat pemain. Itu adalah cabaran yang besar.

“Kami akan terus bermain, terus bersaing. Kami perlu membuat keputusan awal pagi ini pemain mana yang boleh kami mainkan dan untuk berapa lama.”

Gabriel akan menjalani pembedahan bermakna pemain pertahanan tengah Brazil itu akan terlepas kedua-dua perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara menentang Real Madrid.

Gabriel juga terpaksa berehat daripada baki perlawanan kempen liga selepas menjadi pemain ketiga dalam skuad Arteta musim ini yang memerlukan pembedahan pada kecederaan hamstring selepas Bukayo Saka dan Kai Havertz.

Saka direhatkan selama lebih tiga bulan membuat kemunculan semula pasukan utama pada Rabu, masuk dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol, dan Arteta berharap tonggak England itu untuk berada dalam prestasi terbaik menentang Real Madrid.

Havertz mengalami kecederaan hamstringnya semasa rehat pertengahan musim di Dubai pada Januari, menyebabkan Gunners tanpa penyerang tengah.

LIGA PERDANA INGGERIS

SABTU (5 APRIL)

Everton lwn Arsenal, 7.30 malam

Ipswich Town lwn Wolves, 10 malam

Crystal Palace lwn Brighton, 10 malam

West Ham United lwn Bournemouth, 11 malam

AHAD (6 APRIL)

Aston Villa lwn Nottingham Forest, 12.30 malam

Tottenham Hotspur lwn Southampton, 9 malam

Brentford lwn Chelsea, 9 malam

Fulham lwn Liverpool, 9 malam

Manchester United lwn Manchester City, 11. 30 malam

SELASA (8 APRIL)

Leicester City lwn Newcastle United, 3 pagi



Source link

OR

Scroll to Top