BOS Arsenal, Mikel Arteta dilaporkan berminat untuk merekrut bekas penyerang Everton, Moise Kean pada musim panas ini.
Pemain berusia 24 tahun itu gagal menyerlah bersama Everton, tetapi musim ini dia menunjukkan prestasi yang baik bersama Fiorentina.
Menurut laporan akhbar Itali Tuttosport, The Gunners sedang mempertimbangkan langkah mengejut untuk membawa penyerang itu ke Emirates selepas aktiviti suram sepanjang jendela perpindahan Januari bulan lalu.
Tambah laporan itu, Kean mempunyai klausa pelepasan sebanyak 52 juta euro (RM239 juta) pada musim panas ini yang mampu dibayar oleh The Gunners.
Arsenal serta pesaing mereka, Tottenham Hotspur sama-sama berminat untuk mendapatkan Kean yang telah menjaringkan 15 gol dalam 22 penampilan Serie A musim ini.
Sebelum ini, Arsenal gagal mendapatkan khidmat penyerang Newcastle United, Alexander Isak dan penggempur Aston Villa, Ollie Watkins.