Artis, Krew ‘Kerasukan’ Ketika Jalani Penggambaran Filem Seram? Shuhaimi Lua Dakwa Wanie Ooi & Noralbaniah Terkena Gangguan

Artis, Krew ‘Kerasukan’ Ketika Jalani Penggambaran Filem Seram? Shuhaimi Lua Dakwa Wanie Ooi & Noralbaniah Terkena Gangguan


Pengarah Shuhaimi Lua mendakwa pelakon serta krew mengalami gangguan ketika menjalani penggambaran filem terbaharu arahannya, Manrobbuka.

Menerusi perkongsian di Instagram, Shuhaimi memuat naik hantaran yang memaparkan sedutan video insiden kerasukan terbabit.

“Sepanjang saya mengarah cerita seram, inilah kali pertama berlaku kerasukan di depan mata. Bermula dengan nak selesaikan masalah artis kerasukan, beralih ke seorang staff latihan industri (intern) saya terkena pula bila masuk homestay setelah tujuh hari saya shooting di rumah itu.

“Tapi berkat dari pertolongan dari seorang Ustaz dapat menyelesaikan rasukan itu. Saya sebelum start shooting filem Manrobbuka terasa lain dah, bila setiap kali masuk rumah itu. Hanya beberapa hari lagi akan wrap shooting cerita Manrobbuka, perkara yang saya fikir betul-betul terjadi. Insya-Allah semua berjalan lancar dan semua selamat,” tulisnya.

Dalam sebuah hantaran berasingan, Shuhaimi berkongsi kejadian itu berlarutan sehingga jam 5 pagi.

“Ya Allah, kau selamatkan team production Manrobbuka. Kami hanya ingin mencari rezeki. Kami tidak berniat nak ganggu kehidupan di alam lain. Permulaan cerita Wanie Ooi malam sebelum itu, kena ganggu sekejap. Malam tadi, Noralbaniah dan Haikal krew kita kena ganggu sampai 5 pagi,” tulisnya.

Setakat ini, pengarah berkenaan belum memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaan pelakon dan krew selepas insiden tersebut, namun produksi dikatakan tetap meneruskan penggambaran mengikut jadual.

Filem berunsur seram Manrobbuka merupakan karya sulung di bawah syarikat Shuhaimi, Tanah Beris Film Production dan dijangka menemui penonton pada Ogos tahun depan.

Ia menampilkan barisan pelakon baharu seperti Wanie Ooi, Khaled Asharief, Haidar Hasanudin dan Adam Furqan, selain kemunculan bintang popular era 1990-an, Noralbaniah.

Difahamkan, penggambaran dijalankan di sekitar Batu Gajah, Perak dan Lembah Klang.





Source link

OR

Scroll to Top