Artis sekarang tak macam dulu, hormat waktu orang lain – Aeril

Artis sekarang tak macam dulu, hormat waktu orang lain – Aeril


norhayati_nordin@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Aeril Zafrel, 38, mengingatkan kepada segelintir pelakon yang mungkin datang lambat ke set penggambaran supaya menghormati waktu orang lain.

Menurut pemilik nama Suhairil Sunari ini, bagaimanapun dia turut menyifatkan artis sekarang tidak lagi macam dulu kerana masing-masing ‘ikut kepala sendiri’.

“Sebenarnya nak komen pun, kadang-kadang kita juga pernah datang lambat. Cuma, apa yang boleh saya nasihatkan hormati waktu orang lain sahaja.

“Lambat 15 minit tidak apa. Tapi artis sekarang tidak macam dulu lagi, artis sekarang dia ada ‘ikut kepala’ dia.

“Kadang-kadang tak tahulah, mungkin ‘kau nak ambil aku, nak ambillah, tapi tak nak pun tak apa,” katanya kepada Harian Metro ketika ditemui baru-baru ini.

Pelakon drama Kisah Kaisara bagaimanapun mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut perkara berkenaan kerana memang berlaku dalam industri.

Terdahulu seorang pelakon senior meluahkan perasaan kesal dan kecewa terhadap pelakon baharu yang didakwa sampai lambat ke set penggambaran dan memerlukan orang lain menunggu lama.

Mengulas pula karier lakonannya, Aeril berkata sehingga kini dia masih lagi menunggu peluang untuk bekerja dengan pengarah dan penerbit drama, Erma Fatima sebagaimana sudah dijanjikan.

“Saya kalau ikutkan sebelum ini ada tawaran berlakon dengan kak Erma, tapi biasalah kadang-kadang dia (Erma) tangguhkan dan tangguhkan, jadi saya masih menunggu.

“Sebab, dari tahun lepas lagi kami sudah berjanji. Tetapi, dia (Erma) ada juga beritahu ‘shooting’ mungkin (mula) selepas hari raya Aidilfitri.

“Tapi, saya pun sebenarnya tidak terima juga mana-mana ‘shooting’ yang lain sebab mahu melunaskan dulu janji kerana sudah lama dibuat.” katanya.

Ujar suami kepada Wawa Zainal dan bapa empat cahaya mata ini, dia memang berpegang pada janji untuk bekerjasama juga dengan Erma sehingga sampai masanya.

Aeril Zafrel mula aktif berlakon sejak 2006, pernah membintangi filem seperti Aku Tak Bodoh, Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta , Budak Pailang, 99 Kali Rindu , Laknat, Klepet dan banyak lagi.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top