AS bakal terima padah guna ruang udara Iraq serang Iran – Hizbullah

AS bakal terima padah guna ruang udara Iraq serang Iran – Hizbullah


BEIRUT – Kumpulan Hizbullah mengutuk serangan Israel ke atas Iran dan menyifatkannya sebagai ‘keadaan berbahaya’ dan ‘beberapa factor berbahaya yang memererlukan pertimbangan’.

Kumpulan itu menerusi kenyataan berkata, ‘penilaian serangan zionis terhadap Iran perlu tertakluk kepada beberapa kritiria, yang mana sesetengahnya mungkin melibatkan dasar teknikal dan ini akan ditentukan oleh para pakar selepas keadaan kembali tenang dan diperjelaskan’.

Menurutnya, beberapa faktor berbahaya perlu diutarakan, apa yang paling penting ialah ‘penggunaan ruang udara Iraq untuk melancarkan serangan ke atas kemudahan Iran yang mana ia diulang berjam-jam.

Hizbullah menyifatkan serangan tersebut ‘berbahaya terdahulu yang Iran tidak pernah lalui’ dan menambah terdapat bukti menyatakan penggunaan wilayah Jordan dan padang pasir HHjaz sebagai koridor udara’ yang mana ‘tidak boleh berlaku tanpa perjanjian terdahulu dan pra meditasi oleh AS yang menguasai ruang Udara Iraq.

Selain itu, Hizbullah mengutuk pencerobohan terhadap Iran yang dilakukan oleh ‘entiti penyangak secara melulu dan asing di wilayah ini yang meliputi pelanggaran secara terang-terangan dan pelanggaran serius yang tidak boleh dilepaskan di bawah apa keadaan sekalipun’ memberi amaran bahawa jika ia tidak dicabar, ‘ia akan dibenarkan dan amukan musuh ini akan berulang’.

Kumpulan pejuang itu yang menuding jari ke arah AS yang bertanggungjawab terhadap tindakan melulu dengan menggunakan ruang udara Iraq menyatakan bahawa ‘ia akan menerima padah kerana itu’ dan mengesahkan bahawa dengan bantuan tuhan, pada tempat dan masa sesuai dan zionis tidak akan terkecuali daripadanya.

Katanya, selepas Israel berani menyerang Iran, mereka sudah tentu berani menyerang Iraq jika rejim zionis tidak membayar pada harga yang mahal untuk pencerobohan tersebut.

Pada Selasa lalu, Israel melancarkan serangan ke atas Iran dengan menyasarkan kemudahan dan pangkalan tentera.

Laporan awal menyatakan laporan tersebut adalah ‘lemah’ dengan kerosakan minimal. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top