AS gesa Israel siasat video tular askar dera tahanan secara seksual

AS gesa Israel siasat video tular askar dera tahanan secara seksual


Sementara itu, banduan Palestin yang dibebaskan sudah membuat dakwaan mengenai penyeksaan, rogol dan penderaan lain ketika dalam tahanan yang dinafikan pihak berkuasa Israel.

Minggu ini, pakar Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran mengenai ‘penyeksaan yang semakin meningkat’ oleh Israel terhadap tahanan Palestin sejak perang di Gaza bermula dan menggesa usaha untuk mencegah jenayah terhadap kemanusiaan.

Sementara itu, jurucakap tentera Israel yang dihubungi AFP berkata, tentera sedang meneliti laporan itu.

Pihaknya juga sedang membuka siasatan yang ‘disyaki penderaan’ terhadap seorang tahanan di Sde Teiman selepas dilaporkan oleh media antarabangsa, agensi PBB dan kumpulan hak asasi manusia.

Susulan itu, sembilan askar dibawa untuk disoal siasat, hingga mendorong aktivis sayap kanan Israel, beberapa yang rapat dengan kerajaan, bergegas ke Sde Teiman untuk menunjukkan sokongan kepada tertuduh, dengan beberapa berjaya menceroboh kemudahan itu. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top