AS lulus jualan peluru berpandu Patriot kepada Jerman

AS lulus jualan peluru berpandu Patriot kepada Jerman


WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meluluskan penjualan peluru berpandu, Patriot, kepada Jerman yang dianggarkan bernilai $5 bilion, semalam.

Menurut Pentagon, Jerman telah mengemukakan permohonan untuk membeli sehingga 600 Patriot Advanced Capability-3 (PAC-3), segmen peluru berpandu dipertingkatkan (MSE-Missile Segment Enhancement).

Katanya, Agensi Kerjasama Keselamatan Pertahanan telah menyerahkan sijil yang diperlukan untuk memaklumkan Kongres mengenai kemungkinan penjualan ini.

“Penjualan yang dicadangkan ini dijangka memperkukuh keupayaan Jerman dalam menghadapi ancaman semasa dan masa depan, serta meningkatkan keupayaan pertahanan negara itu,” katanya.

Penjualan itu juga akan menyokong usaha Jerman untuk memperkuat pertahanan negara dan wilayah serta memastikan keserasian dengan pasukan AS dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Katanya, Lockheed Martin akan menjadi kontraktor utama bagi penjualan itu. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top